Kelebihan Yogurt Untuk Kecantikan Dalaman Dan Luaran

Kelebihan yogurt untuk kecantikan kulit, terutama kulit muka mampu menyerlahkan keayuan dan kekacakan sesiapa sahaja. Yagurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.

Yogurt bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman, malah ianya boleh dijadikan krim semulajadi dan pasti bebas daripada bahan kimia. Lebih menarik lagi, krim ini boleh dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang tinggi. Jom ketahui kelebihan yogurt untuk kecantikan dalaman dan luaran anda.

9 Kelebihan Yogurt Untuk Kecantikan

  1. Melembapkan kulit

    Kelebihan pertama yogurt adalah melalui kandungan kultur hidup bersama asid laktik di mana ia mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh kulit tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.

  2. Untuk kulit kering

    Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

  3. Mencerahkan kulit

    Selain itu juga, kelebihan yogurt adalah untuk mencerahkan kulit. Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.

  4. Membuang sel kulit mati

    Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang. Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

  5. Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih

    Kelebihan yogurt seterusnya adalah menghapuskan bintik hitam dan bintik putih. Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.

    Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

  6. Hilangkan jerawat

    Jika anda mempunyai masalah jerawat, kelebihan yogurt juga dapat membantu anda. Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

  7. Mengecilkan liang roma

    Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

  8. Hapuskan lingkaran gelap bawah mata

    Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

  9. Atasi masalah penuaan

    Akhir sekali, kelebihan yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan muda dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yogurt bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Apa tunggu lagi, hasilkan yogurt anda sendiri dengan dua liter susu penuh krim dan separuh liter susu yogurt yang mengandungi kultur hidup. Jangan lupa simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama dan perolehi kelebihan yogurt sekarang juga!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

7 thoughts on “Kelebihan Yogurt Untuk Kecantikan Dalaman Dan Luaran”

  1. yang saya tahu biasanya cuma membantu memperlancar pencernaan, ternyata dalam hal perawatan tubuh dan kecantikan manfaat yogurt begitu besar
    terima kasih ulasannya

    Reply
  2. Pingback: Cara Menghilangkan Jerawat — Blog Mohd Isa

Leave a Comment