Cara Menjimatkan Air di Dalam atau Sekitar Rumah

Cara Menjimatkan Air – pada kebiasaannya kita hanya mengetahui 2 atau 3 cara sahaja untuk menjimatkan air di dalam atau sekitar rumah kita. Saya juga terfikir bagaimanakah cara menjimatkan air lebih daripada itu.

Cari punya cari, terjumpalah satu artikel yang berkongsikan 30 cara menjimatkan air di dalam atau sekitar rumah. Banyak tu, tidak cukup dengan itu. Dikongsi pula pamplet dan broshur yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang cara menjimatkan air.

Cara Menjimatkan Air

TANDAS

1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

BILIK MANDI

4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.

5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

SINKI

7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.

8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

DAPUR

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.

22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

GARAJ

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.

26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Pamplet & Broshur Cara Menjimatkan Air

Klik pada gambar untuk besarkan!
cara menjimatkan air
cara menjimatkan air
cara menjimatkan air
cara menjimatkan air

Begitulah beberapa cara menjimatkan air tidak kira di dalam atau sekitar rumah kita, mungkin kita boleh praktikan di mana-mana sahaja. Ingatlah bahawa membazir itu merupakan amalan syaitan. Amalkanlah cara menjimatkan air sentiasa.

Cara Menjimatkan Air

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

12 thoughts on “Cara Menjimatkan Air di Dalam atau Sekitar Rumah”

  1. rajinnya cari cara menjimatkan air.. lepas ni boley la cari cara-cara nak jimat kan elektrik lak.. 24/7 mengadap laptop nie – belajar nak meningkat trafik blog tak lepas-lepas.. hahaha

    Reply

Leave a Comment