Manchester United baru sahaja memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan musuh tradisi Liverpool dengan kemenangan 2-1. Misi membalas dendam kepada Liverpool terbalas setelah Manchester United tewas kepada Liverpool pada saingan Piala FA.
Kekalahan Manchester United kepada Liverpool dalam saingan Piala FA boleh dikatakan tuah menyebelahi Liverpool, maklumlah bermain di Anfield dan sudah pasti tiada perlawanan kedua. Berlaian dengan saingan Liga Perdana Inggeris, setiap pasukan mempunyai peluang sama.
Pada perlawanan pertama di Anfield dalam saingan liga, Manchester United berjaya mengikat Liverpool 1-1 dan perlawanan kedua baru sahaja berlansung semalam di Old Trafford. Sudah pasti kemenagan kepada Manchester United, Glory Glory Man United!
Tetapi dalam perlawanan semalam lebih mendapat tumpuan adalah gelagat Luis Suarez dan Patrice Evra setelah berlaku kontraversi di antara mereka. Sebelum ini Suarez telah digantung tujuh perlawanan setelah didakwa Evra dalam isu perkauman. Manakala Evra telah di’boo’ oleh penyokong-penyokong Liverpool dalam perlawanan di Anfield pada siangan Piala FA sebelum ini.
Jom kita saksikan gelagat di antara Evra dan Suarez semalam:
Suarez Tidak Mahu Bersalaman Dengan Evra
Evra Meraikan Kemenangan di Hadapan Suarez
Pada pendapat saya tindakan Suarez tidak mahu salam dengan Evra adalah satu tindakan yang tidak professional dan tidak menghormati di antara satu sama lain. Mungkin tindakan Evra meraikan kejayaan Manchester United di depan Suarez adalah tindak balas psikologi.
Saya ada kongsikan video di atas dalam Facebook saya, ramai penyokong Liverpool dan lalang meninggalkan komen yang menyatakan Evra sakai. Lawak pun ada, ternyata serangan psikologi Evra terhadap Suarez dirasai oleh orang lain. Apa-apa pun Manchester United tetap menang, FOREVRA RED!
suarez memang pemain bermasalah sejak dulu lagi..fan kops mungkin nak nafikan perkara tersebut. cuba tengok rekod suarez sebelum ini.masa kat ajax dulu suarez pernah kena banned 7 games sebab gigit player lawan (tak sure masa tu ajax lawan team mana). so apa masalahnya evra celebrate depan fan man utd lepas menang game tu. fans kops lupa ke suarez celebrate sakan lepas urugay menang game masa world cup lepas dia tahan bola depan pintu gol dengan tangan. last-last uruguay menang penalti. apa barang..profesional sangat ke tu??? cukup2 la nak defend suarez tu….
hahah.. kesian suarez.. suarez tu memang tak professional.. ada ke patut tak nak salam. memang patut la evra buat macam tu kat dia. kahkkahkah.. Papepun, Barcelona the best (LOL)
salam jangan x salam, hehe
haha..senang cerita. semalam..walaupun rooney yang golkan..evra menang. suarez kalah..hehe
bagi aku perbuatan evra nie lawak la..dia sorang jer kot yang terlompat2 terkinja2 kat padang tue..player lain lek jer..haha..anyway yang penting ManU menang..yes!
aku tengok kat NZ curry semalam. Memang penuh.. Semua nak tgk controversi ni kot. hehe
haha, penyokong man utd ng liverpool memang ramai kot kat malaysia ni…hehe