Dalam artikel-artikel saya di Bina Blog Dot Com Sendiri, saya banyak menulis tentang SEO dan hal-hal teknikal blog.
Salah satu daripada artikel SEO yang pernah saya tulis adalah berkaitan dengan Bounce Rate. Lebih rendah kadar Bounce Rate, lebih bagus.
Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk kita merendahkan kadar Bounce Rate blog kita?
Atau, lebih spesifiknya begini, bagaimanakah caranya untuk kita buat pembaca blog kita duduk lebih lama dalam blog kita?
Cara #1: Tanya Soalan Di Akhir Artikel
Cuba bayangkan anda sedang membaca blog kegemaran anda dan terlihat ada soalan di baris terakhir post yang sedang anda baca.
Si penulis meminta pendapat anda tentang sesuatu perkara dan mahu anda kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen.
Adakah anda akan berlalu pergi atau luangkan beberapa minit untuk kongsikan pendapat anda?
Saya yakin, anda akan tinggalkan pendapat anda bagi menjawab soalan si penulis kegemaran anda itu bukan?
Begitulah juga konsepnya di blog kita sendiri. Apabila kita bertanya soalan di baris terakhir artikel, ini akan membuatkan pembaca berfikir sejenak jawapan dan menulisnya di ruangan komen blog kita.
Secara tidak langsung, 2 perkara ini akan berlaku:
- Mereka spend lebih lama di blog kita
- Mereka baca artikel-artikel lain di blog kita sebab rasa seronok dapat ‘berkomunikasi’ dengan kita
Dan, sebagai penulis, anda harus membalas komen-komen mereka ini sebagai tanda penghargaan. Jangan pula anda berdiam diri sahaja.
Cara #2: Letak Widget Arkib & Kategori Di Sidebar Blog
Selain itu, anda juga boleh menggunakan widget Arkib dan Kategori untuk buatkan pembaca duduk lebih lama di blog anda.
Sebagai contoh, jika seseorang pembaca itu suka membaca artikel berkaitan teknik SEO, sudah semestinya dia akan klik pada pautan kategori SEO di sidebar blog yang dia sedang baca untuk baca lebih banyak artikel berkaitan SEO dalam blog tersebut.
Dan, bagi pembaca baru, mereka akan klik pada arkib artikel bulan-bulan yang lepas untuk mengenali dengan lebih dekat blog yang sedang dia baca dan penulis blog itu sendiri.
Dua situasi di atas boleh buatkan mereka ‘melekat’ lebih lama di blog kita.
Cara #3: Pasang Related Posts Plugin
Pernahkah anda membaca artikel di blog-blog lain dan melihat satu ruang di bawah artikel tersebut yang mempunyai ayat ‘Anda mungkin juga meminati’ atau ‘Artikel berkaitan’?
Ruang tersebut dijana oleh Related Posts Plugin. Bagi anda yang menggunakan WordPress, anda boleh menggunakan Jetpack Related Posts. Jika anda menggunakan Blogger, LinkWithin boleh membantu.
Apabila pembaca blog melihat artikel-artikel berkaitan seperti ini, sudah pastinya mereka akan klik untuk baca lebih banyak artikel.
Secara tak langsung, ini akan membuatkan mereka berada lebih lama dalam blog kita sekaligus merendahkan kadar Bounce Rate blog kita.
Kesimpulannya, untuk membuatkan pembaca blog duduk lebih lama dalam blog kita, kita sebagai penulis blog perlu kreatif dan tunjukkan kepada mereka ‘something extra’.
Semoga dengan 3 tips di atas ini boleh membantu memperbaiki kadar Bounce Rate blog anda. Selamat mencuba!
Nota Kaki: Artikel ini telah ditulis oleh Zulhilmi Zainudin iaitu pengasas dan penulis di laman kursus online Bina Blog Dot Com Sendiri. Kepakaran beliau adalah dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan web berasaskan sistem WordPress.
sharing yang sangat mantap dan terbaik
Sejak migrate server hari tu, baru semalam teringat nak pasang related post plugin.
Ni entri lama eh? Baru up ke camne?
haha…entri berkurun lama dah ni…tgk la tarikh nun…29 March 2015
Terima kasih info simple tapi power bro…
Boleh try ni..info yang bagus
infonya sangat bermanfaat, terima kaasih
thumbs up bro…tips yang berkesan..walaupun simple je sikit je trik dia tapi berkesan..
Terima kasih tips bos..
cara yang menarik untuk di coba, terima kasih tips nya
betul. kena guna widget dan plugin yang sesuai. kalau tak lambat nak load. dari orang nak membaca terus lari.
3 cara yang patut di coba, sangat membantu informasinya.
Cara yang menarik untuk di coba,
Terima kasih banyak tips and triknya, boleh di coba. nice post.
Happy Besday Isa…adoi sibuk nampak la hang ni..hehe
Payah nampak dah sejak makan gaji ni..hehe macam aku dulu jugak la, no time.. layan bini 😀
Suka lepak blog kawan lama2 ni, sebab awesome!
Back to basic, kita menulis untuk robot atau manusia. Yes. pembaca akan lepak lebih lama di blog kita bila ada bacaan menarik, ayat power agar pelawat kekal stay. Averange on time tu penting.. Iklan banyak ramai la yang klik pangkah 🙂
Related post hang cantik, teringin nak macam tu. hehe
Alhamdulillah. Terima kasih bro kerana sudi menerima artikel saya ini. Semoga pembaca semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. 🙂
memang pakai related post tu banyak membantu untuk ikat pelawat lebih lama kat blog.