Agak lama juga aku meninggalkan dunia blogging ini, mungkin atas faktor kesibukan dengan kerja hakiki dan hobi atau minat yang lain sehinggakan aku tidak lagi menghiraukan aktiviti blogging lagi.
Tapi tidaklah aku tinggalkan semua berkenaan dunia blogging kebelakangan ini, walaupun aku tidak update atau mengemaskini blog ini serta blog lainnya. Aku masih mengikuti perkembangan dunia blogging melalui Facebook, maklumlah ramai rakan aku di Facebook adalah blogger serta masih kekal sebagai seorang blogger.
Sebelum itu, aku ingin memohon maaf jika aku tidak dapat membalas beberapa komen di dalam blog ini. Termasuklah komen-komen yang aku perolehi melalui post atau artikel tutorial yang memberi masalah kepada korang. Maklumlah, ada di antara tutorial tersebut tidak releven untuk dipraktikan lagi. Jadi sebelum mencuba sesuatu tutorial di dalam blog ini, sila lihat tarikh tutorial tersebut dan ketahui risikonya.
InsyaAllah aku akan kemaskini beberapa tutorial dan tips yang perlu, bagi memberi kemudahan kepada yang mencarinya. Mungkin, aku akan buang sedikit artikel yang tidak releven lagi. Jadi kuranglah sedikit stress aku nak jawab soalan serta mencari jalan penyelesaian dari masalah artikel berkenaan.
Genesis Framework
Bagi yang rajin duk skodeng blog aku ini, pasti mengetahui sebelum ini aku menggunakan Thesis Framework. Bagi yang kurang familiar berkenaan framework boleh abaikan jelah kot. Tapi kalau korang berminat nak tau gak, boleh contact aku.
Okay, sekarang aku telah menukarkan tema blog aku dengan menggunakan Genesis Framework. Sebab mudah untuk aku selenggara dan tidak perlu berfikir panjang. Just drag and drop. Pasal SEO, senang je. Guna sahaja plugin Yoast SEO, sebab aku pun dah familiar dengan setting untuk plugin ni.
Kalau korang nak tahu dalam Genesis Framework, skin pula dipanggil child theme. Jadi, untuk pertama sekali untuk blog ini aku menggunakan child theme Daily Dish Pro Theme. Walaupun child theme ini dibina untuk mak-mak yang suka kongsi resipi, aku belasah je guna untuk blog aku.
Konsep yang simple dan minimalist, itu yang membuatkan aku tertarik dan penting untuk aku. Tak payah nak serabut kepala nak boh bukan-bukan dalam blog. Janji sedap mata aku memandang, mata korang itu korang punya suka. :p
Kebaikan & Keburukan
Ruangan ini aku akan tinggalkan untuk korang, korang boleh tinggalkan komen di bawah berkenaan kebaikan dan keburukan blog serta theme baru yang aku gunakan ini. Jadi aku boleh improve kan sedikit demi sedikit, mana yang patut aku akan follow
macam best je genasis nie, nak juga cuba nanti
Memang ramai yang suka pakai genesis ni, senang dan mudah diubahsuai..
genesis memang cantik..cuma agak classic
memang theme genesis ni semuanya gini..coding lebih kurang sama je semua child theme dia..hehe..
tukar daripada thesis kepada genesis bukan sebab thesis 2.0 tu tak ada tutorial??haha ramai dah bertukar kepada genesis sebab orang yang tak pandai coding pun boleh selenggara dengan baik.
Anyway cantik da blog bro..
Bukan masalah tutorial dan tak tahu coding, just rasanya lebih mudah guna Genesis. Lagipun dah ada license developer untuk Genesis, so gunalah Genesis.
Pilihan child themes pun banyak, so tak perlu pening kepala lagi. 🙂
hihi tu la aku maksudkan genesis ni simple sangat dan mudah sampai orang tak tahu coding pun selesa menggunakannya. Support yang diorang bagi pun terbaik.
Lepas pakai Genesis Framework dah tak payah pikir pasal theme. Bole fokus pada content blog je.
Kalau ko ada info pasal nak setting canonical link dalam genesis ni share² la kat blog.
Setting canonical link? Macam mana tu? Maksud ko? Nak buat macam mana tu? Aku benda simple simple pandai la.
Ini pun aku baru tambah function untuk next & previous post.