Sepetang Bersama Blogger 2013 baru sahaja berlansung pada 26 Januari yang lepas, rasanya semua blogger di Malaysia ini mengetahui tentang event ini. Sebuah event blogger yang pertama paling besar rasanya di Malaysia ini.
Bagi yang belum mengetahuinya, Sepetang Bersama Blogger 2013 merupakan event yang telah dianjurkan oleh Denaihati Network yang dimiliki oleh pemenang Best of The Best Blog of The Year pada tahun 2012 iaitu blogger yang dikenali sebagai Denaihati.
Secara ringkasnya, Sepetang Bersama Blogger pada kali ini telah disertai lebih kurang 100 orang blogger seluruh Malaysia dan termasuk dari Indonesia dan Brunei. Cuba bayangkan, jika rakan-rakan blogger dari luar Malaysia turut hadir. Bangga atau tidak bangga berada dikalangan mereka di majlis tersebut.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada Sepetang Bersama Blogger 2013 adalah mini forum, cabutan bertuah, pelancaran produk terbaru Denaihati Network, penyampaian hadiah contest SEO iPhone 5 Gadget Impian dan lantikan blogger rasmi untuk program Rebuilt Gaza.
Mini Forum di Sepetang Bersama Blogger 2013
Terdapat dua mini forum yang telah diadakan pada majlis ini, pada mini forum pertama terdapat tiga orang panel di antara blogger iaitu Kak Jie dari kujie2.com, Bang Nara dari beautifulnara.com dan Ustaz Nur Effendi yang dimoderatorkan oleh Abang Ensem.
Mini forum kedua pula dimoderatorkan oleh Broframestone dan panelnya ialah Yuyu Zulaikha, Tekong dari Amanz Network serta Bang Iwan dari Indonesia. Pelbagai ilmu yang telah dikongsikan sepanjang mini forum ini berjalan. Antaranya teknik SEO yang dikongsikan oleh Kak Jie, target trafik dari Bang Nara dan banyak lagi.
Bertemu di Sepetang Bersama Blogger 2013
Jika ada majlis sebegini, perkara yang tidak akan dinantikan dan dilupakan sudah tentu sesi bersilaturrahim antara blogger. Walaupun sekejap cuma, itu sudah memberi sebuah pengalaman yang amat berharga bagi saya.
Antara blogger yang benar-benar saya ingin jumpa pada majlis ini, sudah pasti Denaihati dan Kak Jie yang pernah membantu saya ketika susah suatu masa dahulu. Secara ikhlasnya, berlinang air mata saya ketika bertemu Kak Jie dan Denaihati di mana jasa mereka kepada saya tidak akan dilupakan.
Lebih sebak lagi ketika saudara Denaihati datang bersalaman dengan saya, lebih-lebih lagi beliau memeluk saya. Syukur alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk berkenalan dan akhirnya dapat bertemu dengan beliau. Semoga Allah s.w.t. dapat membalas jasa pertolongan yang telah dihulurkan oleh dua sahabat blogger ini kepada saya.
Tidak dilupakan juga kepada sesiapa yang terlibat dalam memberi bantuan kepada saya ketika susah dahulu, terima kasih tidak terhingga rasanya kepada anda semua terutama rakan-rakan blogger. Semoga kebaikan yang diberikan kepada saya, berlipat kali ganda kebaikan yang anda terima. InsyaAllah.
Selain Kak Jie dan Denaihati yang pertama kali saya jumpa adalah Titan kaki cendol, Bang Nara yang sempoi lagi peramah, Azri si kecil molek ala-ala Yuyu Zulaikha, Prof Hariz, Akma Omar pemenang iPhone 5 Gadget Impian, Azuan Razi sifu SEO saya dan ramai lagi.
Memang amat gembira apabila diberi peluang sebegini dapat bertemu rakan-rakan blogger yang sebelum ini hanya berkenalan di alam maya dan ada juga yang baru berkenalan ketika majlis ini berlansung. Syukur alhamdulillah, dengan adanya event sebegini insyaAllah akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger tidak kira dari Malaysia atau negara lain.
Sepetang Bersama Blogger 2013
Rindu pula sepetang bersama blogger ni 🙂
gua pun teringin nak jumpa si cendol tu..Titan..hahaha
nice post !!
Ramainya dtg.. dari negara jiran pun ade ek? hmmm terasa rugi plak x hadir.
bestnyer…..dpt bkumpul dgn otai2 blogger…dpt bkongsi idea dn pengalaman….teringin nk join tp blum layak lg…hahahaha
Memang best la ada event yang dapat berhubung secara realiti sesama blogger 😀
akhirnya bisa bersua muka dengan Mohdiza, sewaktu diluar majlis kami dari jauhpun telah kenal dengan anda terimkasih atas keramahannya bro
tak dapat kenal alam nyata dalam alam maya pun jadi la..hehehe
Dapat juga bersua muka dengan hang. Tapi hang mcm sibuk noh
ko memang cuti ke atau balik sini untuk join event ni. rugi lah tak datang. boleh jumpa and berkenalan dengan ko
tuan mohd isa, cilok saja gegambo saya dalam album kat DH Network itu. saya dah izinkan kat sana. aperpon salam ukhwah…
ala…sayang tak sempat ambe salam ngn bro…moga ada kesempatan lain kali.
mmg event ni terbukti mengeratkan silaturrahim…Allahuakbar!
untung la korg.. kalau ada video kat utube.. dah lama nak tgk..
seronok baca catatan blogger pasal sbb2013 nih
saya teringin nak join tapi tidak berpeluang. Mungkin rezeki saya di lain kali. Moga dapat chance menghadirkan diri pada kali itu.
suka style kak jie suka menolong..haraitu blog xboleh bukak pun dia tolong.. tahun depan la nak join, dah senior sikit dalam blog ni ..hehe
tak perasan sudah yang mana satu brother isa..
serious, saya rasa rugi, tapi tahun depan InsyaAllah, saya mahu turut serta, kalau ade rezeki 😀
ramainya datang ye..dr brunei pun ada ye..
bila ko sapa aku..terus aku teringatkan blog ko. hoho..