Terdapat sebilangan penulis blog berhadapan dengan masalah mewujudkan kandungan yang baik. Ada pembaca yang suka dan ada juga yang mengemari cara atau kandungan yang ditulis.
Kadangkala menulis berpandukan pendapat sendiri, boleh memberi risiko terutamanya jika pembaca tidak memahami apa yang cuba anda sampaikan.
Ada yang berpendapat dengan mewujudkan artikel berbentuk kontroversi merupakan cara terbaik untuk mendapatkan lebih banyak trafik, dan ada juga berpendapat cara begitu boleh membunuh sesebuah blog.
Terdapat juga penulis yang berjaya menjadi blogger popular dengan cara menulis tanpa merasa bimbang artikel mereka menyinggung perasaan pembaca.
Orang membenci tetapi dalam masa yang sama tetap ingin mengetahui dan menunggu penulis blog tersebut menerbitkan artikel kontroversi selanjutnya.
Secara tidak langsung disamping mendapat trafik yang bertali arus, penulis tersebut mampu menjadi blogger popular dengan cara penulisan yang sebegitu.
Bagi entri berbentuk affiliate, review, advetorial kebiasaannya kita terlebih dahulu berunding dengan pelanggan-pelanggan secara terperinci sebelum menulis sesuatu untuk menarik pembaca. Ianya amat penting menyampaikan maklumat dengan tepat dan betul.
Penulis Blog Yang Terbaik
Menulis kandungan yang bernilai mempunyai banyak manfaat. Kandungan yang bernilai juga membantu membina kredibiliti dan kepercayaan untuk sesebuah blog yang menulis tentang niche tertentu contoh untuk niche perniagaan.
Antara kredibiliti yang perlu ada pada seorang penulis blog:
- Menyampaikan kandungan maklumat yang amat berharga kepada pembaca anda.
- Berpegang kepada isu-isu yang berkaitan tentang niche (khusus) yang anda tulis.
- Sekiranya anda menulis isu-isu kontroversi jangan takut dan sentiasa menerima pendapat pembaca yang membaca artikel anda. Dan cuba menjawab dengan cara yang bijak.
- Passionate tentang apa yang anda tulis.
Ia juga akan mampu menarik trafik dan komen di blog. Paling penting, pemilik laman web yang mengupah anda akan berpuas hati dengan cara anda merealisasikan kandungan yang terbaik dan memenuhi piawaian penulisan yang dikehendaki oleh mereka.
Sebagai penulis blog haruslah menekankan cara penulisan mengikut apa yang anda suka tulis, bukan hanya mengikut apa yang pembaca suka. Anda boleh menjadikan senarai 10 Blogger Terbaik Malaysia sebagai rujukan. Perhatikan cara penulisan, teknik, taktik dan cara mereka menguruskan blog.
Namun begitu gabungan kombinasi kandungan yang baik juga amat penting dan harus adil untuk penulis dan pembaca. Jadi, jika anda ingin menjadi seorang blogger yang berjaya. Maka perlulah anda menjadi seorang penulis blog yang terbaik.
Nota: Artikel ini telah dihasilkan oleh saudari Akma Omar iaitu salah seorang penulis blog kegemaran saya.
Blog saya pun sis tak tetapkan niche dan bercampuraduk, cuma saya memang mementingkan kualiti dari segi penulisan sama ada artikel berbentuk informasi, personal atau sebagainya. Mungkin kalau dibaca agak skema tapi pada pendapat saya itu adalah cara penulisan yang terbaik.
Kita suka cara penulisan sebegini. Tersusun. Kita kena faham bentuk ayat penulisan yang mudah difahami pembaca, ayat penulisan dan ayat perbualan tak sama.
bukannya senang nak hasilkan content yg berkualiti dengan cara yg boleh menarik perhatian pembaca esp newbie mcm saya. Terkadang confuse jgk dgn niche apa yg harus diutarakan espc bila blog yg dihasilkan adalah bbentuk personal @ cacamerba. Ada x tips utk masalah cam ni ?
Blog saya pun sis tak tetapkan niche dan bercampuraduk, cuma saya memang mementingkan kualiti dari segi penulisan sama ada artikel berbentuk informasi, personal atau sebagainya. Mungkin kalau dibaca agak skema tapi pada pendapat saya itu adalah cara penulisan yang terbaik.
Thanks akma.. info ni mmg membantu. Sedang bljr sikit2 ni 😀
blog sensasi,atau blog artis sememang nya mempunyai rating pengunjung yang tinggi,.
Tidak dinafikan. Majoriti menjadi kegemaran pembaca…
wah kak akma jugak yang tulis? memang best dan menarik..
p/s: strategi yang bijak, no wonder la SEO hebat 🙂
Strategi orang selalu buat ni Azri hahaha. Thanks dear 😉
tips yg menarik..
byk saya belajar dr entri ini..
terima kasih
Thanks Katak Comel. Alhamdulillah saya senang hati sangat kalau entri ni boleh dijadikan rujukan pada yang membaca.
Penulis blog terbaik. Sungguh subjektif untuk diungkapkan. Namun apa yang pasti penulis blog terbaik adalah penulis yang dihormati 🙂 salam kenal dari fuh.my
Salam kenal Dr Fuh. Terbaik..tu belum lagi, masih merangkak lagi ni 😉
salam kenal..setuju entry anda baik bermanfaat for other blogger
Thanks, semoga manfaat kepada etuza, sekadar perkongsian biasa sahaja 🙂
Nice artikel,akma omar blogger yg sedang meningkat naik 🙂
Terima kasih Azman. Meningkat tang mana tu 🙂
byk benda kena belajar jika nak jadi blogger. bukan blogger biasa malah blogger yg disegani kerana penulisannya..
Ya betul…saya sendiri pun masih tercari-cari cara penulisan yang betul. Nak jadi blogger disegani tu terlalu jauh sesangat lagi.
Berkongsi tentang artikel gosip + kontroversi
memang harus hadapai kerenah komen yg pelik2
dari pembaca..
Betul tu sis bahayanya menulis artikel gossip ni kesahihah sesuatu topik tu. Silap tulis susah nak jawab nanti 😀
rajin betul makcik akma ni tulis ye. hehe..
Baru tau ka cikgu titan hoho
penulisan saya lebih kepada dunia pendidikan & KSSR,itu fokus saya.
Pendidikan pun bagus. Banyak topik boleh dikongsi juga tu.
sumber motivasi untuk menulis dengan lebih baik ni..
Terima kasih semoga memberi manfaat pada anda ya 🙂
kak akma penulisan jemputan sini ke?..betul kalau nak buat isu kontroversi memang kena berani nak hadap komen2 daripda pembaca..
Saja cuba je dik, tu risikonya bila buat entri kontroversi kena berani dan pandai untuk balas komen pembaca sebab ada yang setuju ada yang tak 🙂