Cuti Panjang Bersama Blogger

Cuti panjang yang sungguh panjang rasanya, maklumlah ingin habiskan cuti tahunan. Itu pun masih ada baki lagi dan dibawa kehadapan. Sudah bekerja makan gaji, pasti diberi cuti tahunan. Betul tak?

Kalau tidak dihabiskan cuti itu rasa rugi pula, nak bawa kehadapan pun bukan boleh banyak-banyak. Ada juga had tertentu, nak tuntut bayaran pula kena tunggu tamat kontrak. Apa-apa pun bukan nak cerita pasal cuti pun sebenarnya.

Sekadar ingin memeriahkan blog yang kian suram ini, jika dulu dunia blogging di Malaysia tidaklah semeriah mana jika dibandingkan dengan sekarang. Dulu trafik blog ini boleh mencecah 20k sebulan, kini nak capai 10k pun tercungap-cungap rasanya.

Tambahan pula sudah bekerja, mana mungkin ada masa yang lama untuk blogwalking dan menarik trafik dari blog lain. Sekadar tunggu dan lihat sahajalah, cuti panjang lagilah menyiksakan. Internet kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Lagi meluat nak fikirkan pasal blog.

Mungkin kini pemikiran saya sudah berbeza, dunia blogging rasanya sudah terlampau padat dengan blogger. Setiap blogger rasanya pasti mempunyai lebih daripada sebuah blog. Tambahan pula, pasti akan bertanya kepada saya bagaimana membuat blog?

Itu bermakna, akan bertambah lagilah blogger di Malaysia ini. Kian tinggilah persaingan dalam dunia blogging di Malaysia ini. Apa-apa pun, setiap blogger pasti ada matlamatnya apabila mempunyai sebuah blog. Mungkin pada mulanya sekadar suka-suka, lama-lama kita tengoklah apa yang akan jadi.

Cuti Panjang Diluangkan Bersama Rakan Blogger

Seperti saya juga, dengan ada cuti panjang ini pasti saya tidak lepaskan untuk bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain. Mostly yang telah berjumpa beberapa kali dan pertama kali pun ada.

Tapi apabila berjumpa di luar dunia maya ini, saya selalunya tidak akan berbual mengenai blog. Selalunya saya akan bercerita mengenai minat dan berkongsi dengan mereka. Jika mempunyai minat yang sama, sudah pasti ianya akan menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam cuti panjang ini.

Apa-apa pun, saya pasti ada para pembaca dan blogger yang lain sedang cuti panjang sekarang ini. Apa yang anda lakukan? Adakah sekadar mengadap monitor di rumah sahaja sambil minum nescafe? Adios!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

10 thoughts on “Cuti Panjang Bersama Blogger”

  1. Dah lama tak dengar khabar tentang saudara, nampaknya semakin kurang publish. Tulah blogger semakin bertambah, ini membuat trafik semakin perlahan.Walaupun begitu nama saudara masih diingati. Selamat bercutilah…Pasti ada yang lebih power akan saudara publishkan. Nak melihat Mohd Isa yg dikenali suatu ketika dahulu. Lihat saja pada Denaihati. Sentiasa mencari strategi utk lebih berjaya.

    Reply

Leave a Comment