Daftar Subjek


Entri kali ini mengisarkan kehidupan saya sebagai seorang pelajar di salah sebuah IPTA di utara Malaysia, UniMAP. Sebelum bermulanya semester berikutnya, perkara yang perlu dilakukan adalah mendaftar subjek yang kita akan ambil pada semester yang akan datang. Tapi malangnya, sejak seminggu yang lalu sudah beberapa kali saya mencuba untuk memasuki laman untuk mendaftar subjek tetapi tidak berjaya.

Mungkin line yang agak sibuk dan penutupan laman itu untuk sementara waktu, nasib baik saya seorang yang penyabar. Sehinggakan semalam, Isnin 6 Julai 2009 saya ke kuliah dengan slumber sahaja. Semua saya tidak daftar lagi, sehinggakan nama saya tiada dalam pembahagian kumpulan untuk makmal. Sabar sahaja.

Petang ini saya cuba memasuki laman itu, akhirnya saya telah berjaya mendaftar subjek yang saya akan ambil semester ini. Berikut adalah subjek yang saya akan ambil:

EMT453 Semiconductor Packaging
EKT422 Computer Architecture
EKT430 Digital Signal Processing
EMT471 Semiconductor Physics
EMT444 Final Year Project
EUW322 Thinking Skills
EUW212 University English (ayark tak dapat daftar lagi, semua kelas sudah penuh)

Kalu tengok pada senarai di atas, satu persoalan yang berada dalam pemikiran saya. Adakah saya mampu untuk membawanya? Sehinggakan kuliah semalam, satu apa pun tidak memasuki kepala saya. Blur, tak tahu apa. Otak saya betul-betul kosong. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

P/S: Kepada pihak pengurusan UniMAP, saya minta agar perbaikilah kelemahan yang terdapat pada sistem pendaftaran subjek ini. Walaupun ada tiga link, masih ada kekurangan. Proud to be UniMAPian. Terima kasih.

Sekadar tambahan, Ronaldo memakai jersi nombor 9 di Real Madrid. Macam pelik jerk nombor nyer. Anyway, good luck Ronaldo.


Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment