Salam buat semua pengunjung, maaf saya kesibukan sedikit. Maklumlah sibuk dengan persiapan untuk memulakan semester baru di universiti saya sekarang iaitu Universiti Malaysia Perlis. Akhirnya saya akan memasuki tahun akhir pengajian saya di UniMAP.
Tepat jam 10pagi saya dan bapa saya keluar dari rumah untuk menghantar saya ke kolej kediaman saya di UniMAP, iaitu Kolej Kediaman Tun Hussein Onn yang terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis. Tapi malangnya, kami terpaksa berhenti di bengkel tayar untuk menukar tayar hadapan kereta kerana sudah rosak dan amat berbahaya untuk perjalanan yang jauh. Setiap kali nak balik Perlis mesti ada masalah yang menimpa.
Tapi syukur Alhamdulillah, tepat jam 2ptg kami selamat sampai ke destinasi. Alahai, terpaksa bertukar rumah dan roommate baru la pulak. Sudahlah dapat bilik yang kecil dari sebelum ini. Aduhai, malang makin menjadi-jadi. Tapi apa yang penting tujuan saya di sini adalah untuk menuntut ilmu sebaik yang mungkin. Sebaik sahaja sampai, angkut barang dalam kereta ke dalam bilik. Setelah selesai, bapa saya pun bergerak pulang.
Jadi tinggallah saya keseorangan, walaupun sudah ada rakan yang masuk ke dalam rumah ini. Tapi tidak kelihatan, saya pun cari troli untuk mengangkut barang di dalam stor pula. Selesai sahaja, menyapu kemudian kemas dan bla…bla. Kalau nak cerita sampai esok pun tak abis. Apa-apa pun, first day kat sini dah start main futsal di sebelah petang. Lepas gian bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Tapi ada satu lagi masalah yang masih tidak selesai mengenai semester yang akan buka esok. Subjek tak register lagi, haha. Kantoi la kena denda nanti. Anyway, kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Doa-doakanlah kejayaan saya di sini. Sekian dari saya untuk kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya pada kali ini. Sekian, wassalamu.