Drama 3 Janji Slot Lestary TV3

3 Janji merupakan sebuah lagi drama melayu yang baru sahaja ditayangkan dalam slot Lestary di TV3. Drama 3 Janji ini menggantikan sebuah drama yang popular iaitu Vanilla Coklat yang benar-benar mendapat sambutan ramai.

Adakah drama ini dapat memenangi hati penonton terutama peminat-peminat drama melayu? Apa yang menarik bagi saya ialah pelakon utama drama ini iaitu Liyana Jasmay. Apa-apa pun jom layan sinopsis drama 3 Janji di bawah.

3 janji tv3

Sinopsis Drama 3 Janji Slot Lestary TV3

Drama ini mula di tayang Selasa minggu depan menggantikan Vanila Coklat. Menceritakan dua orang sahabat baik sejak kecil, Dalia dan Khursyi. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi kekasih. Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih terbaik dan menjadi suami terbaik buat Dalia. Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut?

Pelakon Drama 3 Janji Slot Lestary TV3

Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya dan ramai lagi.

Download Drama 3 Janji Slot Lestary TV3

Untuk memuat turun drama ini, sila layari Download Drama 3 Janji Slot Lestary TV3

3 Janji

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

4 thoughts on “Drama 3 Janji Slot Lestary TV3”

  1. Pingback: Sinopsis Drama Bukan Bidadari Slot Lestary TV3 — Blog Mohd Isa

Leave a Comment