Lelaki kacak pelindung wanita, itulah yang dituntut oleh agama Islam. Bukan sekadar kacak paras rupanya, tetapi kacak melindungi wanita. Itu baru benar digelar seorang lelaki kacak.
Sebagai contoh, isu pembuangan bayi yang sering berlaku. Ramai yang menyalahkan wanita sahaja, yang kononya lemah dan mudah terpedaya. Namun kita sering lupa, bahawa isu ini bukan hanya berpunya daripada sebelah pihak sahaja.
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi bukan? Kita lupa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. Maka seeloknya kita renung kembali peranan lelaki kacak terhadap wanita dalam islam.
Lelaki Kacak Pemimpin Wanita
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkagkan sebahagian harta mereka.” (Surah al-Nisa’, 4:34)
Jika kita renung ayat di atas, betapa besar dan beratnya amanah yang Allah telah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin kepada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada seorang lelaki kacak memikul amanah itu kerana ada beberapa kelebihan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.
Namun, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin?
Bukannya untuk menyalahkan lelaki atau perempuan, namun untuk kita merenung kembali fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah tentang peranan lelaki dan perempuan. Allah mengurniakan kepada lelaki sifat yang gagah, rasional dan bersifat suka pada penyelesaian. Sebaliknya perempuan dikurniakan sifat lemah lembut, beremosi dan sukakan sesuatu yang bersifar proses. Lihatlah, Allah Yang Maha Bijaksana mencipta lelaki dan perempuan dengan satu sifat yang saling melengkapi, bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih dominan, tapi untuk berganding bahu memainkan peranan supaya tidak pincang kehidupan ini. Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap sebetulnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:
- Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
- Menjadi teladan yang baik.
- Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
- Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
“Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim, (66:6)
Wahai lelaki kacak, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang “benih” yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.
Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin? Adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita. Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau cadangan. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.
“Lelaki yang paling kacak adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga.” Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” (al-Araf)
Semoga perkongsian saya pada kali ini mampu mengingatkan bahawa seorang lelaki kacak bukanlah sekadar pada para rupanya. Seorang lelaki kacak merupakan seorang lelaki yang mampu memimpin dan melindungi wanita. Wallahualam.
Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.
Ketahuilah bahawa lelaki yang mempunyai sifat-sifat di atas yang setiasa melindungi wanita merupakan di antara lelaki paling kacak. Bukan sekadar kacak rupa paras, malah kacak pada akhlak dan akidahnya. Cuba kita bayangkan, sebagai seorang lelaki. Mampukah kita menjadi seorang lelaki yang benar-benar kacak? Semoga menjadi seorang lelaki kacak.
memang selayaknya lelaki itu pelindung wanita…
Aku suka artikel hang. Tapi sayang Contest ni bukan berdasarkan artikel yang mempunyai isi terbaik tapi SEO. 1-5 SERP di google.com.my
haha, takpa. aku just share apa yang berguna kepada orang sama, bukan sekadar duduk di kedudukan baik, tapi isi takda. 🙂
mengikut kateria yg bro sediakan tentang lelaki kacak…ianya agak sukar untuk dipenuhi pada zaman sekarang, tetapi ianya tidak mustahil
kacak atau tidak seseorang lelaki itu ianya tidak membawa makna jika tidak dapat memberi pelindungan kepada wanita….cewah… 🙂
kejap ja dok depan entri hang ni isa…
Lelaki Kacak mestilah suami yang setia dan bertanggung jawab
yer, lelaki kacak menjadi pelindung wanita dalam banyak perkara termasuklah maruah keluarga , yang penting hati mesti mahu ikhlas.. insyallah…
Pergh!…
Dah mula mengorak langkah~
As salam bro Isa,
Terbaiklah! Lelaki yang paling baik terhadap ahli keluarganya paling layak dipanggil lelaki kacak. Setuju 100%
Terima kasih utk entri ni. Mmg byk ilmu yg dapat diambil utk dihadam =)
Good luck bro
Kadang2 payah jadi lelaki kacak kalau si girl pun kurang memahami
Inilah yang dikatakan lelaki kacak dari sudut pandangan Islam. Terbaiklah..
betul tue, setujuuu..
tak ada idea lagi nak tulis pasal apa..nampak gaya otai semua turun padang join ini contest..tengok dululah, kalau ada idea nanti, aku try join untuk suka2..haha
blogger pompan takleh join lelaki kacak ek?? ekekeke
Wah,inilah yang dikatakan lelaki kacak. uermm
huhu..pandai ye hang menulis. haha..mesti ramai perempuan suka ni..
Otai2 semua join habis la budak2 baru….telan ayaq liuq la nampaknya…hehe
wah dia sudah join jugak la!!
Dah submit lum artikel ni? 🙂
hoho, laki tue imam pompuan.. kalo tak berani nasihat anak ngan isteri untuk turut agama, dayus jadik.. huhu..
btw, ni theme ape erk? nampak cam ramai jer orang guna theme nie? senang nak edit ke?
konfirm konfirm la lelaki kacak pelindung wanita, kalau dak dayus..hehe
bagus dah join nampak gaya…