Drama Ariana Mikhail Slot Ratu TV9

Ariana Mikhail merupakan sebuah drama Melayu terbaru yang ditayangkan dalam slot Ratu di TV9 bermula 16 Januari yang lepas. Drama ini juga akan ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa sahaja.

Drama ini menceritakan sebuah kisah cinta di antara Ariana dan Mikhail yang dilakonkan oleh Nora Danish dan Sein. Sebuah drama yang pasti hebat dengan lakonan Nora Danish yang terkenal dengan drama sebelum ini, Tentang Dhia. Manakala Sein pula merupakan watak utama drama Adamaya sebelum ini. Jom baca sinopsis drama Ariana Mikhail di bawah.

Sinopsis Drama Ariana Mikhail Slot Ratu TV9

Ariana Mikhail bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ‘Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

Pelakon Drama Ariana Mikhail Slot Ratu TV9

Nora Danish, Sein dan Riezman Khuzaimi.

Download Drama Ariana Mikhail Slot Ratu TV9

Untuk mendapatkan drama Melayu ini, sila layari download Ariana Mikhail

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

2 thoughts on “Drama Ariana Mikhail Slot Ratu TV9”

Leave a Comment