Duit Terbang Bagaikan Burung

Salam buat semua pembaca semua, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Agak lama juga saya tidak mengarang artikel di blog ini, perasaan untuk menulis pun belum datang lagi. Maklumlah, jadual yang agak padat sejak sebulan yang lalu. Sibuk dengan latihan olahraga dan thesis untuk projek akhir tahun.

Syukur, alhamdulillah thesis untuk projek akhir tahun siap dihantar bagi semakan untuk permarkahan projek akhir tahun. Diharap dapat lulus dengan cemerlang, hendak target tinggi-tinggi rasanya tidak mampu. Maklumlah, terpaksa menukar tajuk projek di saat akhir ditambah pula dengan kekangan masa yang dihadapi.

Latihan olahraga pula berjalan seperti biasa, walaupun Karnival MASUM 2011 baru sahaja tamat pada minggu lepas. Masih ada satu lagi kejohanan yang akan disertai pada bulan Julai ini iaitu Kejohanan Olahraga Tertutup KOAM yang akan berlansung di Stadium Utama, Perlis.

Pada karnival MASUM yang lepas, semua acara yang saya sertai iaitu 100m, 200m, 4x100m dan 4x400m berjaya layak ke akhir. Tetapi hanya satu pingat gangsa sahaja yang berjaya dibawa pulang dalam acara 4x400m, memang agak jauh sasaran saya untuk memenangi pingat dalam acara lain. Tapi apakan daya, mengenangkan kecederaan yang saya hadapi. Saya tetap berpuas hati dengan pencapaian ini.

Berbalik pada tajuk asal, rasa macam sudah jauh lari dengan tajuk artikel ini. Duit terbang bagaikan burung, mana tidaknya. Dengan makan lagi, barang keperluan dan lain-lain. Memang rasa tidak cukup sekalipun kalau ada RM100,000 dalam dompet. Tapi kali ini saya ingin bercerita mengenai situasi saya sebelum pulang ke Perlis menaiki bas ekspress dari Klang.

Pernahkah anda ditinggalkan oleh bas? Rasanya ini kali kedua saya ditinggalkan, kali pertama di hentian rehat Sungai Buloh. Nasib baiklah pemandu bas itu tunggu di susur keluar hentian tersebut. Baru-baru ini lagilah merugikan saya, mana tidaknya. Bas patut jalan pukul 9 pagi, saya naik letak barang kemudian pergi ke tandas. Keluar sahaja dari tandas, bas dah tiada.

Lihat jam di tangan belum lagi pukul 9 pagi, bergegas saya ke kaunter untuk bertanyakan mengenai bas tersebut. Rupa-rupanya bas dah bergerak, terus kakak di kaunter itu telefon pemandu bas tersebut. Nasib baik belum masuk lebuhraya, akhirnya saya disuruh mengambil teksi untuk pergi menaiki bas tersebut.

Kalau diikutkan dari terminal ke bas tersebut tidaklah jauh mana, tapi tambang yang dikenakan oleh teksi tersebut memang jauh dari lebih mahal iaitu RM15. Sudahlah tidak memasang meter, caj pula sampai RM15. Tapi kerana saya hendak cepat, saya pun terus bayar dan menaiki bas.

Dalam bas, mulalah berfikir macam-macam. Rasa menyesal pun ada, marah pun ada. Tapi hendak buat macam mana, sabar jelah. Habis duit untuk dibuat belanja, sudahlah tinggal berseorangan di rumah. Malang betul rasanya. Maaf jika artikel ini kurang menarik untuk dibaca, sekadar ingin melalut melepaskan tekanan yang ada dalam diri ini.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

16 thoughts on “Duit Terbang Bagaikan Burung”

  1. aku pun pernah kena tinggal bas. Kejar balik dibuatnya..dekat 100 meter lari..aku tahu bas tu akan berhenti kat trafik light..ada 3 trafik light. So, kalau nasib aku baik..aku dapat naik bas tu. Alhamdulillah..dapat..gila tak kejar. Ada laptop aku dalam tu. Haha..

    Reply
  2. my friend pernah kena mcm tu..dia pergi toilet masa bus berhenti kt rnr, tp bila keluar bus dah takde. dgn beg n laptop sekali..tp nasib tak hilang.

    Reply
  3. Adehhh.. Alhamdullilah skrg naik bas x kena tinggal lagi.. Tapi takut jgk bab2 kena tinggal bas nie.. Duit xde.. Allah sakit~

    Reply

Leave a Comment