Pertahanan Malaysia Agak Hambar

Artikel pada kali ini sekadar ingin mengulas mengenai perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat Asia di antara pasukan Taiwan dan Malaysia semalam. Walaupun saya tidak dapat menonton pada aksi babak pertama, akhirnya saya dapat menonton perlawanan ini pada babak kedua.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dan akan bertemu dengan pasukan jiran iaitu Singapura pada 23 dan 28 Julai 2011 ini. Singapura pula dikhabarkan telah bersedia untuk menghadapi Malaysia dan perang psikologi juga telah dilancarkan oleh jurulatihnya sebelum ini.

Apa-apa pun kita lupakan dahulu mengenai Singapura dahulu, saya ingin mengulas sedikit mengenai perlawanan kedua di antara Taiwan dan Malaysia semalam. Walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan, Malaysia layak berdasarkan jaringan di tempat lawan. Ternyata ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan kerana memberikan tiga penalti kepada pasukan Taiwan.

Memang jarang untuk melihat sesebuah perlawanan yang dihadiahkan sebegitu banyak sepakan penalti, tetapi hakikatnya itulah bolasepak. Ada juga yang sudah menulis dan memberi komen bahawa pengadil itu telah dibayar dan berat sebelah. Tetapi bagi saya itu bukanlah punca sebenar, secara keseluruhannya yang saya dapat lihat daripada perlawanan pertama lagi adalah kelemahan pertahanan Malaysia sendiri.

Ternyata kelonggaran di bahagian pertahanan boleh membawa padah, boleh dikatakan ianya amat mudah dibolosi oleh pihak lawan. Mengenai penalti yang dihadiahkan oleh pengadil, bagi saya adalah bertepatan. Sebelum itu, saya ingin nyatakan saya memang penyokong Malaysia ya. Tetapi ini adalah hasil daripada pengalaman dan pertanyaan saya kepada pengadil FAM sendiri mengenai insiden yang menghadiahkan Taiwan sepakan penalti.

Penalti kedua yang diperolehi oleh pasukan Taiwan, memang nampak jelas pemain Malaysia menarik pemain Taiwan. Kesalahan tersebut sepatutnya tidak boleh dilakukan, saya juga seorang pemain pertahanan dan saya tahu keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah tepat.

Mengenai penalti ketiga yang dihadiahkan oleh pengadil di atas kesilapan oleh penjaga gol Malaysia, mungkin ada sesetengah orang tidak mengetahui istilah second tackle atau terjahan kedua di dalam bolasepak. Setelah bertanyakan kepada salah seorang pengadil FAM pagi tadi, ternyata ianya berlaku. Walaupun penjaga gol Malaysia tidak menjatuhkan pemain Taiwan menggunakan tangan, tetapi second tackle dilakukan dengan menggunakan badan.

Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya, tetapi itulah bolasepak. Diharap kelemahan dibahagian pertahanan dapat diperbaiki sebelum bertemu dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat Asia untuk pusingan yang kedua nanti. Semoga pasukan Harimau Malaya terus sukses di persada antarabangsa. Malaysia Boleh!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Pertahanan Malaysia Agak Hambar”

  1. Pingback: Ulasan Perlawanan Singapura Menentang Malaysia — Blog Mohd Isa
  2. Pasukan Harimau Malaya kena tumupukan 100% ketika di dalam perlawanan,sedikit leka membawa bencana,harap-harap lepas ni semua pemain boleh tumpukan perhatian dengan lebih efisyen

    Reply
  3. Tumpuan sehingga tamat permainan adalah sangat-sangat diperlukan. Pertahanan tidak boleh leka walaupun dalam keadaan mendahului

    Reply
  4. Ulasan yang menarik, bro. Hakikatnya itulah bolasepak. Ada kalah dan menang dan ada kalanya ada insiden yang kadang2 kita tak faham rasionalnya.

    Apa pun tahniah untuk pasukan Malaysia dan selamat maju jaya untuk next game! Tabik!

    Reply
  5. aku tak tengok semalam tapi nampak scoreboard macam sengit.

    apa-apa pun tahniah kepada Malaysia. Bukan senang nak dapat kepercayaan penyokong sendiri. 🙂

    Reply
    • tahu takpa, ingat senang ke nak dapat penyokong ramai2…tp aku rasa pemain malaysia dah sedikit belagak…ingat lagi waktu kapten malaysia buat ulasan. stadium taiwan boleh muat 20,000 org. tp yg hadir rasanya tak sampai 15,000. ckp boleh hadapi, hakikatnya. kelam kabut…

      Reply
  6. setuju bro. mmg frust sket dgn prestasi pertahanan Malaysia. Aidil diibaratkan from hero to zero. tak patut dia decide nk gelecek player taiwan dlm kawasan Malaysia sendiri. akhirnya taiwan dpt gol smgt pertama.

    Reply
    • itulah pasal, waktu gol di malaysia pun hasil kesilapan aidil dan amirul hadi. melepaskan pemain taiwan begitu sahaja, leka gamaknya.

      Reply
  7. sangat setuju dengan blogpost ini.. dulu masa match Malaysia vs Indonesia sangat menarik, tapi semalam punya match nampak macam team Malaysia dah slowww balik..

    Reply
    • tahu takpa, barisan pertahanan kucar-kacir. rasanya, barisan pertahanan pun xsama dengan team yg menang dgn indon dlu…mana pergi tah semua pemain tu…

      Reply

Leave a Comment