Cuba anda bayangkan apabila dunia tanpa internet, apa yang akan berlaku? Tetapi pernahkah kita terfikir siapa yang mencipta internet? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya, bagi saya apa bila dunia tanpa internet. Hidup saya akan menjadi sepi, mungkin kerana melayari internet merupakan perkara rutin untuk saya.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah dunia anda juga akan menjadi sepi apabila tiada internet. Paling kurang pun internet digunakan untuk melayari Facebook mahupun Twitter. Maklumlah, manusia sekarang lebih gemar bersosial di Facebook dan Twitter.
Tambahan pula boleh buat duit dengan Facebook dan Twitter, itulah kelebihan yang diperolehi internet. Jika tidak, tidak mungkin istilah ‘internet marketing’ wujud bukan. Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat secara pantas lagi, malah internet boleh mencapai lebih daripada maklumat.
Untuk saya pula, duit dan sosial bukanlah perkara utama untuk saya. Tetapi kepuasan membaca dan menulis blog yang saya cari. Jika tidak menulis atau membaca blog sehari, terasa janggal sekali. Bukan saya tidak boleh membaca melalui Blackberry Bold 3 saya, tetapi mana puas bukan. Malah susah untuk meninggalkan komen.
Saya lebih gemar melayari internet menggunakan laptop mahupun desktop, skrin besar, keyboard ada, mouse juga ada. Kalau pakai Bold 3, mana mahu mencapai kepuasannya. Ada laptop, tapi tanpa internet pun tak jalan juga.
Maxis Broadband ada, tetapi kalau sekadar line GPRS pun tiada gunanya. Memang potong mood terus untuk melayari internet. Itulah dunia tanpa internet, so sucks! Mahu tidak mahu, layan jelah blues bersendirian.
Tapi yang paling best apabila dunia tanpa internet ini, idea untuk menulis datang mencurah-curah. Hendak buat itu dan ini, bila ada internet tak menjadi pula. Memang pelik bukan, pernahkah anda mengalaminya?
Sekadar perkongsian tatkala dunia tanpa internet, alangkah indahnya jika semua kawasan mempunyai internet. Paling kurang pun, bagilah ada talian 3G di seluruh kawasan. Barulah boleh dipanggil internet mudahalih. So, kepada semua telco bukalah rangkaian 3G anda di seluruh pelusuk muka bumi ini. π
Dunia Tanpa Internet
tdur~~tdur~~tdur~~oh tidak! itu mungkin berlarutan berminggu…
aku tak kesah sangat. haha..ada, lebih bagus. takde pun takpe..
yang ini aku kisah bila ko ckp ko tak kisah, bukan rezeki ko dengan internet je ke? hehe
bayangkanlah pula dunia ada internet tapi tanpa komputer…. huhu π
haha, itu lagi masalah besar jawabnya. π
saya kerap guna internet, akan tetapi kurang pula layan FB atau twitter
saya kerap gunakan facebook, untuk perbincangan, selak-selak rezeki. sosial soal kedua. π
Pincang lah kehidupan saya kalau tiada internet. .. π
pincang? bagaimanakah itu? hehe
Rosak bisnes π
Berantakan semuanya. .. xmampu nak bayar Bband bulan2. .. tanam anggur je lah jwbnya.. . bisnes jugak tuh. . π
haha, tahu takpa…sedih je…haha
haha, susah juga bisnes dengan internet ni kan.
mmg x dpt difikirkan jika internet tiada..ianya mmg penting utk buat pelbagai urusan..
tahu takpa, penting sangat sekarang ini. sudah menjadi urusan seharian menggunakan internet.
Assalamualaikum…bnyk maklumat yg boleh kita dapat dri internet ni
Wsalam, benar tu. Internet banyak menyalurkan maklumat. Tetapi ada juga buruknya. π
Salam alaiyka.
Mungkin sehari dua, atau tiga, kalau rasa dunia tanpa internet, terbengong sekejap kot. Tapi mungkin juga lepas tu ok. Sebab saya dibesarkan dengan dunia remaja tanpa kewujudan internet masa tu. Rasanya lebih banyak bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan. Hehee. Jadi saya rasa, anda kata tiba-tiba internet tiada, tak mengapa.
Mungkin kita akan lebih banyak bersosial secara terus. Hubungan itu mungkin akan lebih berkualiti sebab fitrah manusia dijadikan untuk berkomunikasi secara berdepan. Ada juga rakan kerja yang tidak bergantung kepada internet (cuma email yang agak minima), tapi, saya lihat tidak pula hidupnya kurang kualiti. Gembira tetap ada dan masanya banyak dihabiskan dengan dunia sebenar.
Internet ini memudahkan kehidupan tetapi bukanlah penentu faktor utama kehidupan.
Tapi bile melayari internet, saya setuju, tentang skrin yang besar. Lebih puas menggunakan lappy atau paling tidak tablet bersaiz 8″ ke atas.
Selamat Hari Isnin yang baik.
Betul tu, sebenarnya tiada internet pun tidak mengapa. Dapat bergaul dengan rakan-rakan di luar, tapi jadi masalah pula waktu balik kampung tidak sama dengan rakan-rakan yang lain. Sunyi sepi sahaja, waktu itulah internet diperlukan. Tapi malangnya, line yang dapat pun sekadar gprs.
Tapi lumrah manusia adalah bergaul sesama sendiri dalam dunia realiti. Saya setuju sangat dengan saudara. Terima kasih di atas komen yang diberikan.
Kalaulah dunia tanpa internet, habis semua sistem komputer yang ada. Habis semua lrt tak bergerak. Manusia pun seperti bakteria dalam peti sejuk Kaku semacam π
haha, tahu takpa. betapa pentingnya internet, tapi Malaysia berpuluh tahun ketinggalan dari negara-negara maju. sedih je.
rasa serba tak lengkap ..
tahu takpa, memang tak lengkap rasanya bila internet takda. π
Biasa terjadi waktu balik rumah,balik kampung.. GPRS pun nasib ada 0-1 bar ja..sedeh
haha, tahu takpa. benda ni semua kat kampung, asal balik kampung dapat gprs je. sedih je…