Hiburan

Sepak Mula Euro 2012

Demam bola sepak Euro 2012 bakal bermula beberapa minit sahaja lagi, di mana perlawanan pembukaan di antara Poland dan Greece akan berlansung tepat jam 12 malam waktu Malaysia.

Banyak yang berpendapat Euro 2012 akan lebih hebat lagi daripada World Cup 2010 yang lalu. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja. Adakah anda sudah bersedia untuk sepak mula Euro 2012?

Bagi saya, Euro kali ini pasti memberi hiburan bola sepak yang hebat. Maklumlah, rasanya banyak juga kontroversi yang berlaku sebelum sepak mula. Dengan pasukan bermasalah pada kali ini, pemain Itali yang dikaitkan dengan gejala rasuah.



Pemain utama England yang dibelengu dengan masalah kecederaan, manakala penyerang sensasinya Wayne Rooney digantung 2 perlawanan. Isu perkauman, di mana ada pemain yang mahu keluar padang jika berlaku tomahan perkauman.

Menarik bukan isu yang dibangkitkan dalam Euro 2012, kalau diikutkan banyak lagi rasanya. Apa-apa pun kita nantikan sahaja, saya memilih pasukan Jerman untuk menjuarai Euro 2012. Bagaimana pula dengan anda?

Jangan lupa dapatkan Jadual Euro 2012 supaya anda tidak terlepas setiap perlawanan Euro 2012. Layan!

8 Comments

  1. muazfaris June 10, 2012
    • Mohd Isa June 11, 2012
  2. titan June 9, 2012
    • Mohd Isa June 11, 2012
  3. sjiehan June 8, 2012
  4. Oh! Duit June 8, 2012
    • Mohd Isa June 11, 2012

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.