Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Musim peperiksaan PTD datang lagi, mungkin ada yang bersemangat, ada yang gembira, dan ada juga yang mula rasa cemas, dan mungkin juga ada yang mula kelam kabut membuat persediaan. Bagaimana dengan anda?
Boleh jadi ramai sudah mula merasa cemas kerana memikirkan tentang persediaan yang perlu mereka lakukan bagi menghadapi exam ptd ini. Malah mungkin juga mereka sudah mula berusaha untuk mencari apa sahaja rujukan yang boleh digunakan untuk persediaan mereka bagi tujuan itu.
Masakan tidak cemas, jawatan sebagai pegawai tadbir diplomatik merupakan satu jawatan yang begitu berprestij sekali, manakala mereka yang terpilih untuk mengikuti exam ptd ini begitu ramai sekali dan ianya akan ditapis beberapa kali sebelum dipilih.
Sebagai contoh, untuk tahun 2010 sahaja, seramai kira-kira 400 ribu orang telah dipanggil bagi mengikuti exam ptd ini, namun hanya sekitar 4 ribu orang sahaja yang dipanggil dan layak untuk ke peringkat penapisan seterusnya.
Tips Exam PTD
Untuk artikel kali ini, kami dari warga kerja-kerajaan akan berkongsi serba sedikit gambaran mengenai exam ptd serta memberikan tips buat para calon. Kami berharap ia sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda dan seterusnya membantu pihak anda agar dapat melakukan persiapan yang secukupnya serta berasa tenang dalam menghadapi exam ptd.
Apakah persediaan yang perlu dilakukan? Secara am nya calon-calon akan diuji berdasarkan 5 perkara di bawah:
1- Pengetahuan am
2- Pengetahuan Matematik dan analitikal
3- Ujian Sahsiah dan Minat
4- Kemahiran menulis karangan (Bahasa Melayu dan Inggeris)
5- Kefahaman dan penguasaan bahasa
Baiklah, kami akan menerangkan dengan lebih terperinci setiap satu perkara yang telah disenaraikan di atas.
1.Pengetahuan AM
Soalan solan PTD untuk bahagian pengetahuan AM memang sangat teperinci. Contoh skop soalan:
Akta Akta dan Undang Undang di Malaysia
Perbezaan bidang kuasa kerajaan negeri dan pusat
Bidang Sukan
Contoh soalan:
Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuanmengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negaraASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecualidi Asia Tenggara.
Bahagian ini memang agak mencabar. Ada dikalangan mereka yang pernah menduduki exam ptd ini telah menyarankan supaya merujuk buku tingkatan 6 Pengetahuan AM. Namun ini hanyalah sebagai cadangan sahaja.
Klik sini untuk dapatkan panduan Peperiksaan PTD
2. Matematik
Kebanyakan calon untuk bahagian Matamatik dan Analitik memang tidak cukup masa untuk menjawabnya. Semua pengiraan adalah manual,ia menguji tahap kecekapan anda untuk berfikir. Bahagian mungkinboleh menjadi kesukaan buat para calon kerana ianya 100% menguji minda!
3. Ujian Sahsiah dan Minat
Untuk bahagian ini, Mungkin para calon boleh menjadi sedikit hipokrit..hehehe..Contoh solan yang diberikan ialah:
Pernahkan anda menipu majikan anda semata mata anda mahu bercuti bersama keluarga?
Anda penah menipu pensyarah anda?
TIP:Bagi kertas sahsiah diri dan minat, sila jawab dengan penuh hipokrit. Jangan jadi diri anda sendiri yang suka memotong barisan, suka mengumpat, suka mengambil kesempatan, tidak ikut peraturan dan sebagai nya. Bayangkan anda seorang yang cukup sempurna dari segala aspek dan pastikan jawapan anda sentiasa konsisten kerana terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang hipokrit!
4. Kemahiran menulis karangan (Bahasa Melayu dan Inggeris)
Untuk menulis karangan , amalkan cara menulis 5Wives 1Husband. Itu sahaja cara yang berkesan untuk menjawab karangan. Dan jangan lupa untuk mempersiapkan diri anda dengan isu isu semasa di Malaysia, sebagai contoh isu Bersih.
TIP: Kertas penulisan essei Bahasa Melayu dan Inggeris merupakan yang paling vital. Sebahagian besar mata penilaian datang dari dua kertas ini terutama nya kertas penulisan essei Bahasa Inggeris. Asas PTD adalah kemahiran melahirkan cetusan minda yang dinamik dan global. Isi-isi yang anda utarakan di sini akan menggambarkan visi anda yang sebenar sebagai seorang calon PTD
Setakat ini dahulu tips exam ptd yang kami dapat sampaikan. Mudah-mudahan ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan yang secukupnya. Kami mendoakan mudah-mudahan anda dapat melakukan yang terbaik!
Klik sini untuk dapatkan panduan Peperiksaan PTD
(Kredit Kerja-kerajaan.com/blog)
mesti banyak hang dapat sales kan. hehe
lama dah tak merasa ambik exam nie