Tiba sudah 9 April yang sentiasa dinantikan setiap tahun, sebenarnya tidaklah berapa penting. Tetapi cukuplah mengingatkan diri ini semakin dewasa dan dimamah usia. Semakin tua rasanya diri ini.
Tanggal 9 April 198+ lahirlah seorang insan yang diberi nama Mohammad Isa kemuka bumi ini, iaitu diri saya. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. saya diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya.
Jika dibandingkan dengan usia saya sekarang ini, terasa amat cepat masa berlalu. Rasanya masih banyak perkara yang belum dilaksanakan, apatah lagi perintahnya. Terasa diri ini amat jahil di muka bumi ini.
Cukupkah bekalan untuk dibawa ke alam akhirat kelak? Terasa kerdilnya diri ini, pelbagai impian telah ditanam sebelum ini rasanya belum terlaksana. Sempatkah saya? Itulah persoalaan yang sering bermain di minda.
Apa-apa pun, biarkan masa menentukannya. InsyaAllah akan saya hargai masa yang ada ini untuk mencapai segala impian yang belum terlaksana. Semoga di hari lahir ku ini, memberi seribu makna untuk terus berusaha. Amin. 🙂
9 April
Happy B’day
Semakin bertambah usia, semoga semakin bertambah banyak pula rejeki dan juga umur yang panjang
wah, harijadi ? happy birthday ..salam perkenalan ..
semoga dimurahkan rezeki dan mendapat segala syafaat daripada-Nya
hepi belated birthday bro..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan..semoga segala impian akan tercapai..gud luck bro..
Selamat hari lahir, abg umur berapa? heheh
Happy bday bro, semoga umur panjang dan sentiasa murah rezeki. 🙂
Hehe..tuan rahsiakan juga ke tahun tuan dilahirkan?198*…
hepi bday cigu:)