Perkembangan dunia teknologi sekarang memang boleh dikatakan amat pesat, terutama dalam bidang media sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, blog dan sebagainya. Perkembangan ini juga memberi peluang kepada umat Islam untuk terus berdakwah melalui media sosial ini terutama Facebook. Tetapi yang amat menyedihkan cara berdakwah yang digunakan tidak jauh mengaibkan orang lain.
Tanggal 15 November 2011 bersamaan hari Selasa, boleh dikatakan amat mengejutkan kepada saya apabila boleh dikatakan hampir setiap jam ada sahaja gambar yang tidak sepatutnya dikongsikan melalui Facebook. Tidak kira gambar berunsur lucah, pasangan sonsang dan sebagainya.
Lebih menyedihkan lagi ada sebuah page yang diberi nama ISLAM dengan misi yang boleh dikatakan hebat untuk mendekatkan diri kepada Allah, mempertahankan maruah dan Islam daripada ditindas, dan menyampaikan dakwah melalui laman siber tetapi apa yang dikongsikan seperti mengaibkan orang lain.
Anda boleh lihat sendiri gambar yang dikongsikan di page ISLAM sendiri (jika masih ada), anda boleh nilaikan ianya sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ramai pula tekan butang LIKE dan SHARE. Maka semakin aiblah pemilik gambar tersebut. Apa yang saya ingin ingatkan kepada anda semua bahawa dosa dengan Allah kita boleh minta ampun, di mana Allah itu maha pengampun. Tetapi dosa sesama manusia, perlu meminta ampun sesama manusia.
Tidak kurang juga gambar artis terbaru Malaysia yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif dengan Greyson Chance dikaitkan dengan simbol jari yang dianggap satu pemujaan. Adakah perlu untuk melakukan sedemikian rupa? Jika beliau salah, apakah salahnya jika terus menasihati beliau. Ini tidak, mengaibkan terus dengan memuatnaik gambar tersebut di Facebook.
Bab gambar lucah usah dikiralah, rasanya sudah tiga keping terpampang di news feed Facebook saya, memang amat mengejutkan. Lebih sedih lagi, saya sendiri tidak tahu menghilangkannya dari pandangan news feed saya. Dikongsi, disukai dan dikomen. Saya sendiri tidak mengerti, apakah motifnya.
Semoga anda semua dapat renung-renungkan dan berhati-hati jika ingin berdakwah di Facebook mahupun rangkaian sosial yang lain, pastikan diri anda tidak mengaibkan orang lain. Sudahlah empunya gambar itu berdosa, janganlah pula kita turut sama mengumpul dosa. Maafkan saya jika saya tersalah kata dan silap.
pasal najwa latif, aku rasa aku dah explain …
sebab symbol bentuk “devil” kalau telapak menghadap muka.. bukanlah kita jadis eangkatan dgn iblis..
tapi kalau telapak tu menghadap ekarah org , adalah pengikut iblis… ianya ada kaitan dgn illuminati symbolism…
sape la yg sengal gatal g jaja story Najwa Ltif sebegitu.. sadddd
Aku tak dapat nak komen apa-apa.
+ 1 : Zaman sekarang ni pun dah ramai kanak-kanak sekolah rendah @ orang tak matang pun dah ada FB.
+ 1 : Najwa latif tak bersalah. Kalau dia bersalah, mesti orang lain dah kena dulu. Takkan la Najwa nak kena hukum kerja amal macam Faizal Tahir pulak.
+1 : Ada juga blogger yang kononnya amat mahir dengan SEO sampai tahap tajuk entri pun nak jadi macam ni “Najwa Latif Sembah Syaitan” , “Najwa Latif Penyembah Syaitan” Tajuk entri macam ni boleh memurtadkan orang.
+1: Kalau takat entri guna tag bogel, seks masih boleh diterima sebab ramai blogger buat macam tu. Kalau tajuk entri tu sembah syaitan, langsung tak boleh terima.
+1 : Dakwah melalui teks menerusi internet belum tentu berkesan. Sebaik-baiknya dakwah berkesan mesti ada eye to eye contact. Cara dakwah terbaik masa kini: vlog.
Wah, satu komen yang menarik. Terima kasih, ada juga ya yang buat artikel tajuk sampai macam itu sekali. Nauzubillah, siapalah kita blogger boleh menjatuhkan hukum agama kepada orang lain. Yang buruk disebar-sebarkan, sungguh mengaibkan orang lain. Betul tu, berdakwah melalui vlog merupakan salah satu cara yang baik dan dapat menunjukkan siapa kita untuk berdakwah. InsyaAllah.
Astagfirullah…. tak kan lah dek maruk nakkan entry yg tinggi sampai sanggup buat entry yang berunsur fitnah macam tu…
biasalah tu, manusia sekarang. seronok mengejar duniawi sahaja kot.
Berbagai cara untuk berdakwah. Berdakwah di Facebook boleh tapi biar betul dan ikhlas, supaya apa yg kita sampaikan mendapat pahala dan memberi impak yg besar pada teman2 dan pengguna FB.
setuju sangat, jika ingin berdakwah di facebook. pastikanlah ilmu di dada itu kukuh dahulu supaya dapat membantu sesama umat islam. insyaAllah.
Atas diri masing2 nak letak matlamat di tempat mana. Baik @ buruk empunya diri yang tahu. fikir2 lah sendiri.
semua orang boleh berkata demikian, atas diri masing-masing. tetapi apabila buat sesuatu secara terbuka, haruslah berwaspada sentiasa.
aku tengok, ramai yang buat aib banding dakwah..
tahu takpa, sedih pun ada dengan manusia macam ni…
Macam2 orang gunakan FB ni, utk yg baik dan tak baik. Kalau nak berdakwah biarlah tinggi ilmu dituntut.. jangan ilmu senipis kulit bawang dah cuba nak berdakwah takut tak dapat nak menjawap dan huraikan jika ada persoalan.. hanya satu pandangan.
itulah masalah yang sering berlaku sekarang ini di FB, tidak tahu mengapa boleh jadi macam ni. hendak berdakwah, tetapi ilmu yang ada belum tentu layak digunakan lagi.
fb sekarang orang guna untuk dua-dua..hina orang dan berdakwah..sekarang ni ramai je yang ingin berdakwah..tapi ilmu belum cukup di dada..kalau tengok berdakwah dengan emosi ada la. Jadi dakwah itu tak kan ke mana.
itulah pasal, aku pun ada niat juga untuk menyampaikan dakwah. tetapi kerana takut akan kesilapan, ilmu cetek di dada. banyak yang perlu dipelajari.
yep..yang terbaik kita berdakwah untuk diri sendiri dan keluarga..kalau akar umbi baik,maka baik la pokok itu..walaupun hanya sebatang pokok, tapi pokok yang sihat dan baik mampu mengeluarkan buah yang banyak dan berkualiti.
betul tu, perumpamaan yang senang difahami. umpama sebatang pokok, baik akarnya baiklah daunnya…hidup merimbun…
em..sebab tu chii jarang nak share atau like sgt apa yg ada kat fb…takut nnt mengeruhkan keadaan lagi..
kadang2 niat org tunjuk kan benda2 tu semua sebab nak beri pengajaran..sedangkan dlm masa yg sama..kita x sedar..kita da mengaibkan org lain..
itulah bahaya bila share gambar yang bukan-bukan, better jangan share apa-apa kalau kita tidak tahu hukum atau dosa dan pahala. 🙂
fb adalah medium interaksi, kita lah yang mencorakkannya samada baik atau buruk.
betul tu, salah guna memang buruklah jadinya.
haish, bab² bagi nasihat yang mengaibkan orang nie.. kalo pasal greyson chance tue aku berada di side ko..
tapi bab² nasihat² yang agak tajam yang kita dgr kadang²kan.. kita takleh terlalu defensive, asal dgr jer nasihat, kita tuduh jer orang yang bagi nasihat tue nak bukak aib kita… kekadang aku pun panas telinga bila orang cakap secara direct..
huhu, tapi kita kena ingat, mungkin orang tue marah sangat dengan kita sampai dia takleh control diri dan TERbagi nasihat yang kurang sedap didengar..
mungkin nasihat camtue jer yang bleh masuk telinga sesetengah orang cam aku, yang agak DEGIL.. huhu, aku memang marah bila kena tegur secara sharp, tapi bila aku dah cooldown, siyes aku pikir balik apasal mamat yang tegur aku tue marah gila… mesti salah aku kan?
nasihat daripada orang ramai adalah cara Allah SWT jaga kita, bila dah kena tegur, bawak bertenang, fikir apa salah kita, kalo betul kita tak buat salah, takyah bimbang.. tapi jangan terlalu defensive sehinggakan kita tak hirau apa yang orang cakap walaupun memang salah kita..
huhu dah bleh tulis post baru, sekian, tue 2 cent aku.. bagi aku nasihat nie tanda Allah SWT nak kita jadik baik, walopon kekadang nasihat tue berbentuk kejam, tapi kalau ia still nak memperbetulkan aku, aku terima..
wah, terima kasih atas komen yang panjang ni. terbaiklah, aku akan balas komen ini dalam entri seterusnya. sekian. hehe
wahaha… bila tengok balik , terasa over plak comment aku. haha
okay la tu bro, aku akan masukkan dalam artikel untuk esok. hehe, baru best. komen macamnilah yg kita mahu. 🙂
aku tak tau pape pun..fuh baru tinggal FB 2 hari macam cerita dah…btw sekarang FB banyak scam..hati hati
tahu takpa, sadis betul aku tgk. cam manalah dorang takleh nak hati-hati. cuba ikut cam aku, pass lebih 20 aksara kot…hehe
Hot jugak la suasana dalam facebook,benda yang tak elok,ramai plak yang like dan share
itulah yang pelik, kerja hackers ke?
kat mn salahnya bro, xnampak pun – aku nampak dia share gambar songsang jer….tp yg pnting apa pun kalau dah disalah guna akan jd tak baik..
erk, kan aku dah terangkan kat dalam entri ni. salahnya mengaibkan orang lain, berdosa tak kalau kita aibkan orang lain? kita dah tahu empunya gambar itu bersalah, kemudian kita sebarkan. apakah kesannya? sudah pasti org duk maki hamun lagi kan? org yg duk maki hamun tu dapat apa? dosa ke pahala? kita yg sebarkan? berkali-kalilah kumpulnya. betul tak?
yup apa yg ko ckp tu betul bro….
tahu takpa, ada mana bro? bz lg ka? hehe
UUM..
bila abis pesta tu bro?
kita boleh right klik news feed,dan hilangkan posting tu.Satu lagi virus pun byk yg secara auto, share gambar2 tak sepatutnya.
Banyak yg dah salah guna di facebook dakwah ni.
kurang pasti macam mana nak hilangkan feed tu, sehingga hari ini masih ada gambar-gambar yang tidak sepatutnya dikongsikan. sedih pun ada.
bab share aib tu memang xpatot lah kot. banyak cara lain untuk berdakwah kan.. tak perlu sampai nak tayang satu dunia aib seseorang tu. =.=’
itulah ann, sedih pun ada. terkejut pun ada, niat dah betul. tapi cara salah pula.
yang berdakwahnya beribu je tapi yang melucah,mengaibkan orang berjuta2.alahai…
itulah pasal, kalau betul-betul dakwah. yang kongsi boleh kira dengan jari, kalau bab yang tidak elok. susah betul nak kira.
hmmm tau takpe..mmg bikin panas..bnyak sgt kuar kat home fb..yg paling mnyedihkan ramai yg komen n like..n then share ke org ni..org ni dapat..klu budak2 tgok kan susah..haisyhh
itulah pasal, saya sampi naik segan buka facebook depan kawan-kawan. seoalah-olah membuka laman porno pula.
Sekarang ni jarang buka facebook kalau bukan kerana kerja, tapi berkenaan hak begini, ramai yang kadangkala lupa, niat tidak menghalalkan cara. Walau apa pun niat kita yang bertujuan baik, tetapi jika dilakukan dengan menyertakan perkara yang haram, ianya tetap akan menjadi sesuatu yang tidak baik.
wallahualam.
betul tu bro, aku selalu ingat tentang ungkapan itu. niat tidak menghalalkan cara, walaupun berniat baik. tetapi salah cara penyampainya, buruk akibatnya. begitu juga hal di facebook yang aku maksudkan, bina sebuah page untuk menyampaikan dakwah, tetapi salah caranya. memang amat menyedihkan.
apa saja bende kalau digunakan pada jalan yg salah, maka rosaklah ia..
setuju sangat tu bro, aku bukannya apa. sedih sangat dengan rakan-rakan sebegini. berdakwah dah betui dah, cara je tak kena.
“Najwa Latif dengan Greyson Chance yang dikongsikan dan dikatakan memalukan dan memuja syaitan”
kenyataan ni aku rasa aku tak setuju, simbol jari dikaitkan dengan pemujaan? kena rujuk kamus balik tu. keh keh keh.
P.s: untung la, bukak feed je boleh tengok porn free. 😛
aku dah betulkan balik ayat tu, cuma tak tahu nak terangkan bagaimana. js aku nak bagitahu yg bab menjatuhkan hukum kepada orang lain bukan bidang kuasa kita, tambahan pula secara terbuka. betul tak?
feed porno la sangat. haha
Porn free? Macam mana kalau orang dalam gambar tu adalah adik, rakan, atau lagi penting awek anda sendiri? Masih boleh anggap sebagai free porn lagi ke?
haha, itulah pasal. rajin duk share sangat. dah kena pada diri sendiri baru tau. 🙂
patutnya teknologi digunakan seluas dan sebaiknya 🙂
itulah, berdakwah itu dah baik. tetapi caranya sahaja tidak kena.