Menulis Untuk Pembaca Atau Untuk Enjin Carian

Pada awal saya menceburi bidang blogging ini, tidak terlintas di dalam fikiran untuk mengenali apa itu search engine optimization (SEO). Sehinggalah rakan blogger terawal yang saya kenali dahulu menceritakannya apa itu SEO di dalam blognya. Sebuah artikel yang amat berguna kepada saya sehingga kini.

Artikel saya pada kali ini mungkin serba sedikit mengenai dengan artikel daripada sahabat saya yang bertajuk Mengapa Anda Perlu Menulis Untuk Pembaca, di dalam artikel tersebut banyak perkara yang boleh kita sentuh mengenai penulisan kita di blog. Sama ada positif atau negatif dari pandangan masing-masing.

Tetapi adakah saya menulis untuk pembaca atau enjin carian? Soalan itu hanya mampu dijawab oleh anda sebagai seorang pembaca di blog ini, sama ada saya menulis untuk anda sebagai pembaca atau saya menulis sekadar untuk anda singgah beberapa saat dan pergi begitu sahaja. Bak kata lainnya, saya menulis untuk enjin carian. Tetapi kali ini saya akan sentuh perihal blogger zaman sekarang.

Hari demi hari, boleh dikatakan ada sahaja blogger baru yang muncul. Paling tidak pun ada sahaja blog baru dibina oleh blogger yang sama. Tumbuh bak cendawan, pelbagai niche yang dibina. Paling mencuri tumpuan bab hiburan, artis, drama dan lain-lain. Tidak salah untuk menulis blog sebegitu asalkan maklumat yang dicari sampai kepada pembaca, bukannya sekadar menjadi suapan kepada enjin carian semata-mata.


Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa artikel yang tulis itu akan menjadi sampah pada suatu hari nanti dan ianya tidak berguna untuk jangkamasa yang panjang. Maklumlah, siapa tidak mahukan trafik atau pelawat yang banyak mengunjungi blog kita. Saya juga inginkannya, menulis mengenai isu semasa seperti perlawana bolasepak di antara Malaysia menentang Thailand juga mampu menarik trafik yang tinggi.

Ditambah pula dengan keyword yang mampu menarik pembaca seperti “Live Streaming Malaysia vs Thailand Sea Games 2011” (cuba cari di Google), memang menarik ramai pengunjung apabila duduk di ranking pertama. Tetapi hakikatnya, adakah artikel tersebut benar-benar memberi apa yang kita inginkan? Kosong, tiada streaming sebenarnya. Sekadar keputusan perlawanan sahaja.

Ini benar-benar akan memberi reaksi negatif kepada pembaca atau pengunjung, sudah pasti dalam beberapa saat sahaja. Butang X akan diklik oleh pembaca tersebut, nonsense bukan? Kebarangkalian blog anda juga akan diban oleh pembaca tersebut yang tinggal hanyalah robots daripada enjin carian sahaja yang menemani blog anda.

Jadi apa salahnya anda mengambil masa yang ada untuk mengarang sebuah artikel yang menarik untuk pembaca dan berguna untuk jangkamasa yang panjang, tidak menjadi kesalahan jika anda menulis mengenai isu semasa atau hiburan. Tetapi jauhkan daripada menulis untuk enjin carian sahaja, olah dan sertakan pendapat di dalam artikel tersebut agar ianya berguna untuk pembaca. Barulah seronok hendak dibaca, jangan timbulkan sesekali keadaan apabila pembaca melihat sahaja tajuk artikel anda sudah tahu akan isinya. Pangkahlah jawabnya.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

43 thoughts on “Menulis Untuk Pembaca Atau Untuk Enjin Carian”

  1. Dulu ya, saya akui menulis untuk enjin. Sekarang bila fikir2 lebih baik untuk pembaca. Kerana untuk enjin cuma datang dan pergi.

    Reply
  2. Hi there, its pleasant paragraph about media print, we all be aware of media is a fantastic source of data.

    Reply
  3. bez je bace komen dari blogger2 yang sememang nye dalam otak korang memang ade banyak informasi.. memang terbaek ar.. entri yang bagus, mesti lah orang yang bagus2 jugak yang datang baca and tinggalkan komen kan? nana suke singgah sini.. ^__*

    Reply
  4. 1. Tulislah untuk pembaca, maknanya biarlah setiap post mempunyai informasi berguna untuk pembaca.
    2. Macamana nak “jemput” pembaca datang. Selain dari buat promosi memggunakan media sosial, optimakan post (dan blog) supaya rank tinggi di halaman search results.

    Pada hemat saya inilah SEO sebenar -tulis post untuk manusia tapi optimakan untuk search engine.
    Kalau sekadar kitar semula berita hot semasa, itu bukan SEO, itu namanya menumpang trending topics. Tapi ramai blogger berpendapat itulah SEO, sebab tu wujud istilah entri SEO, main SEO etc.

    my 2 sen

    Reply
    • betul tu, setuju yang amat sangat. saya ada juga berbincang dengan pakar seo yang lain, banyak blogger sekarang buat artikel berpandukan trending semasa. inginkan trafik semasa sahaja, tetapi informasi boleh dikatakan tiada. menyusahkan pembaca yang dahagakan informasi dan apa yang diinginkan.

      Reply
  5. Ada terbaca isu di disebuah blog profesional Mat Salleh Australia Katanya kita boleh menulis utk pembaca bila kita ada ramai pembaca kalau dua tiga orang membaca sahaja yg ada walaupun tulsan kita berkualiti siapa pulak nak baca sebab entri kita tak masuk dalam top 10 google. Jadi katanya kita ramaikan pembaca blog kita dengan entri SEO bila dah ramai kita tarik mereka dengan entri yg pendek dan berkualiti.

    Aku rasa ada logik juga tips mat salleh ni.

    Reply
    • itu lain pula ceritanya bro, ini cuba bro bayangkan buat artikel berkenaan streaming sesuatu rancangan. bila kita masuk, usah kata streaming takda. gambar pun takda. memang sedih.

      untuk artikel mat salleh tu memang ada benarnya, bro sendiri maksudkan entri yang pendek dan berkualiti. tetapi rata-rata blogger kita buat seo pendek kaw2 punya. tapi kualiti hilang entah ke mana. apa pendapat bro?

      Reply
  6. nice..tak boleh nak kata apa, sebab 90% blogger sekarang sasar nak 1st rank google page tu, padahal entri hampeh tak membantu langsung..pastu mula la post dalam group bla2..kenapa tak dapat sitelink, itu la ni la..hmm blogger

    Reply
    • tahu takpa, artikel tak berkualiti pun menghiasi ruangan group di facebook. memang aku tak klik la jawabnya, sadis. pastu bila kita share macam mana nak dapatkan sitelinks mulalah tanya soalan yang bukan-bukan. ades

      Reply
  7. Bagi aku ,menulsi untuk pembaca ni ok jugak la,sebab kita menulis untuk mendapatkan respon dari pembaca,contohnya amcam review movie atau tutorial,untuk enjin carian biasanya topik-topik umum

    Reply
    • kalau topik2 umum pun tak salah kalau kita selitkan dua tiga persoalan untuk mendapatkan respon pembaca. itu lebih menarik, kira kita dah dapat dua faedah.

      Reply
    • cakap bab nak dapatkan respon dari reader.. fuhhhh.. bukan senang, lagi2 lau blogger tu baru lagi dalam dunia blogging ni.. nana ni sememang nya newbie lah, senang citer.. nana tengok kebanyakkan blogger semua duk kejar cari follower jer.. tension jer.. nak dapat respon dari diorang tentang apa kite tulis, susah2.. (semua tu pandapat nana lah) ^__*

      Reply
  8. Tapi yang tak bestnya bro,bila kita dah tau pasal seo ni,mcm mana sekalipun kita cuba fokus nak menulis untuk pembaca,memang secara automatiknya kita akan selitkan sesuatu keyword untuk mendapat perhatian search engine..Tu memang satu kewajipan la bro…haha

    Reply
  9. aku buat untuk dua2.kalau untuk pembaca je,bila cuti raya contohnya,trafik akan terus menjunam ke gaung.kalau ada seo cikit2,boleh la tampung untuk hari2 yang tak update tu 🙂

    Reply
    • itu yang sebaiknya bro, kalau setakat nak tulis seo dan trafik sahaja. rasanya tak perlulah nak invite orang lain masuk. betul tak bro? hehe

      Reply
  10. Begitulah terjadi, ramai blogger hanya mementingkan SEO, hingga terabai pembacaan untuk rakan2 blogger atau pengunjung untuk mencari maklumat terkini atau artikel sebagai rujukan bagi mereka.

    Reply
    • Itulah apabila terlampau mengejar trafik dari enjin carian semata-mata sampai lupa akan maklumat yang berfaedah kepada pembaca, memang amat menyedihkan.

      Reply
  11. Saya ada entri yg lebih kurang sama apa yg tuan blog perkatakan.(belum dipublishkan)

    Sejak akhir-akhir ni,byk blog yg kongsikan tentang live stream,drama,AIM.yang paling mengecewakan blog yang dah famous pun turuk serta.Sebagai seorang pembaca setia,agak mengecewakan bila blog yg kita minat buat entri untuk carian SEO.

    Reply
  12. betul tu bro..banyak jugak dh kena tipu macam tu..tajuk je..masuk artikel ada yang takde kaitan pun..website indon banyak gitu..kerap kali dh kena..

    Reply
  13. entry yang menarik bro….
    pengalaman aku…hehe
    dulu blogging suka2 sebab tak tahu pun apa itu SEO, asal ada yang lawat blo, tinggal komen dah puas hati. sekarang tahu secubit pasal SEO, buat entry lebih kepada enjin carian….. 🙁 bersawang jawabnya blog aku…

    Reply
    • itulah, bila kita tahu sikit pasal seo. mulalah nak menulis pun ikut seo, bukan ikut naluri kita dah. jadi susah pulak. tapi apa-apa pun, boleh mencuba menulis untuk kedua-dua sekali. beri faedah kepada pembaca dan enjin carian. baru tidak bersawang. hehe

      Reply

Leave a Comment