AJL 27 – Semalam baru sahaja berakhirnya peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) di mana menyaksikan beberapa muka baru yang telah layak ke peringkat akhir yang akan dilansungkan pada 6 Januari 2013.
Jika AJL 26 telah menobatkan Hafiz dengan lagu Awan Nano selaku juara serta vokal terbaik, pada AJL 27 nanti bakal menampilkan beberapa muka baru di peringkat akhir anugerah berprestij ini.
Antara muka baru yang bakal mempertaruhkan lagu masing-masing pada AJL 27 adalah Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Mojo dan juga Shila Amzah. Dalam masa sama juga Hafiz juga telah layak ke final dengan lagu Ku Akui dan lagu duet bersama Adira iaitu Ombak Rindu.
Seperti dijangka lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah yang baru sahaja merangkul Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 serta Power Vocal Award di Shout Award 2012 juga telah layak ke final AJL 27.
Pada saya, finalis AJL 27 ini sangat menarik. Tetapi mampukah lagu Patah Seribu menewaskan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira yang jika dihayati amat-amatlah menarik dan menyentuh hati. Apa-apa pun kita nantikan sahaja final AJL 27 pada 6 Januari 2013.
Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-27 AJL 27
- Idola – Azlan & The Typewriter
- Pelangi Senja – Stacy
- Terukir Di Bintang – Yuna
- Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
- Ombak Rindu – Hafiz & Adira
- Tanpamu – Amir Jahari
- Lagu – Bedroom Santuary
- Teman Pengganti – Black & RJ
- Ku Akui – Hafiz
- Simetri – Hazama & Amy Seach
- Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
- Patah Seribu – Shila Amzah
Jika dilihat finalis Anugerah Juara Lagu ke-27 di atas, memang semuanya mantap. Jika saya sebagai juri, mungkin saya memilih lagu Ombak Rindu selaku juara. Anda pula bagaimana? AJL 27
congratulation for ur champions
selamat kepada para Finalis Anugerah Juara Lagu. semoga sukses..
salam by Didah
ya, selamat sukses selalu. 🙂
Yang paling rare kalau Bedroom Sanctuary menang AJL, mukadepan paper bertulis begini “Lagu “Lagu” menjuarai Anugerah Juara Lagu”.
haha, itulah pasal. macam manalah headline nanti kalau LAGU menang. 😛
lagu Black memang agak mantap..mungkin Black kot..haha..
`
mungkin juga, semua finalis juga mantap. peluang sama rata rasanya.