Cabaran Dunia Blogging Sekarang

Dunia blogging yang penuh cabaran, pernahkah anda terfikir mengenainya? Mungkin yang serius dalam dunia blogging ini mengerti apa itu cabaran di dalam dunia blogging. Bagi yang kurang mengerti, sila abaikan.

Macam pelik pula hendak menulis pasal cabaran dunia blogging ini, bagi saya tidaklah berapa menarik untuk dibaca. Tetapi ketahuikah anda sebagai seorang blogger, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi.

Mungkin ianya sesuatu yang remeh untuk diambil tahu, tetapi apabila anda mula bergelar sebagai seorang blogger anda perlu menghadapinya. Tapi jika anda menjadi seorang blogger sekadar suka-suka, boleh abaikan sahaja artikel saya pada kali ini.

Jika kita lihat dunia blogging atau aktiviti blogging di Malaysia, ianya makin membesar. Usah kata di internet sahaja, bahkan dunia blogging sudah menghiasi ruangan majalah, surat khabar, radio dan kaca televisyen.

Blogger umpama sudah menjadi satu kerjaya di Malaysia ini, dan ramai yang sudah berjaya dengan blogging. Orang kata boleh buat duit dengan blog, itu benar. Saya tidak menafikannya, tetapi bagaimana? Usaha dan terus berusaha.

Baiklah, jom kita lihat beberapa cabaran yang ada dalam dunia blogging pada pemikiran saya. Jika ada yang saya tertinggal, anda boleh kongsikan di ruangan komen. Terima kasih.

Cabaran Dunia Blogging Buat Blogger

  1. Penulisan – Cabaran pertama yang anda perlu hadapi, adalah penulisan. Untuk menjadi seorang blogger, perkara wajib mestilah pandai menulis bukan. Tidak kiralah bahasa pasar, skema atau lain-lain. Janji pandai menulis, baru boleh jadi blogger.
  2. Pembaca – Sudah ada blog, sudah pandai menulis blog. Tapi anda pasti sudah ada pembaca? Atau anda sendiri yang menjadi pembaca dan syok sendiri? Bagaimana ingin mendapatkan pembaca? Pernahkah anda terfikir? Atau anda sekadar ping di Facebook dan di mana-mana sahaja.
  3. Idea – Mungkin pada permulaan dunia blogging anda penuh dengan idea, tetapi adakah anda pasti ianya tidak akan berkurangan?
  4. Masa – Berapa kerap anda akan mengemaskini dan memuatnaik artikel terbaru di blog anda? Adakah setiap hari? Apabila sudah kekeringan idea, pasti blog anda bersawang dan tidak dikemaskini.
  5. Pesaing – Tahukah anda mengenai persaingan di dalam dunia blogging ini? Jika dulu saya mula berjinak di dalam dunia blogging, boleh dikatakan hampir semua saya kenal. Sekarang cuba anda kira, berapa orang blogger yang anda kenal. Ramai bukan?

Rasanya, cukuplah dahulu saya kongsikan lima (5) cabaran dunia blogging terlebih dahulu. Mungkin anda boleh menambahnya di rungan komen. InsyaAllah saya akan huraikan cabaran-cabaran di atas dalam artikel seterusnya.

Cabaran Dunia Blogging

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

41 thoughts on “Cabaran Dunia Blogging Sekarang”

  1. biasa blogger2 baru cam aku nie yg ramai berputus asa kerana x dapat apa yang di hajati oleh mereka… ingat bukan senang nak berjaya dan bukan susah nak quit… tapi sekarang blog tumbuh cam cendawan

    Reply
  2. Aku juda sudah merasakan erti sebenar cabaran dalam kerjaya seorang Blogger.

    Memang bukan mudah.

    Tapi bila dapat kekalkan momentum yang sedia ada, pasti boleh berjaya =)

    Reply
    • Rasanya semua kerja atau kerjaya di dalam dunia ini pasti ada cabaran, cuma kita perlu berusaha untuk menghadapinya. Jangan mudah mengalah, kekalkan momentum macam yang bro cakap. 🙂

      Reply
  3. Keterbatasan waktu itu yang membantutkan seseorang untuk menulis blog apatah lagi bila mempunyai kerjaya lain seperti saya. Cabaran tetap ditempuhi kerana minat pada dunia ‘blogging’. =)

    Reply
    • samalah kita bro, betullah bila orang kata masa itu emas. masa yang ada perlu diisikan dengan sebaiknya. bila sudah ada kerjaya, terpaksa membahagi masa pula. dunia blogging yang diminati perlu diteruskan. hehe

      Reply
  4. Cabaran itu sudah menjadi rencah kehidupan, begitu juga dalam bidang blogging ini. Namun begitu, dengan adanya pelbagai cabaran inilah yang membuat aktiviti mengendali blog ini lebih menarik.

    Reply

Leave a Comment