Gathering Blogger Perak. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Agak lama juga tak update blog ni, maklumlah cuti tahun baru cina. Balik kampung bukan ada coverage baik punya.
Waktu cuti banyak habiskan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan televisyen. Tapi cuti pada kali ini, rasanya banyak habiskan masa dengan geng blogger Perak. Siap join gathering blogger Perak di Teluk Batik memang sempoi habislah.
Rasanya ini merupakan gathering besar yang ketiga oleh blogger Perak, gathering sebelum ini saya tidak dapat join. Maklumlah, tidak kena pada masanya. Oleh kerana yang pertama, sudah pastilah ramai rakan blogger Perak yang baru nak kenal.
Walaupun sebelum ini dah kenal dalam Facebook, tapi tak semua kenal pun. Yang kenal pun dua tiga kerat dari 1000 lebih ahli blogger Perak. Maklumlah, nak lepak lelama layan Facebook je mahu keje tak jalan pula nanti.
Blogger Perak di Teluk Batik
Anyway, ini bukan post journal. So saya ringkaskan sedikit secara kesimpulannya, kalau nak baca versi jurnal dari pukul berapa ke pukul berapa nantikan saja jurnal yang saya akan keluarkan kelak.
Secara ringkasnya, gathering blogger Perak yang berlansung di Teluk Batik pada hari Isnin bersamaan 23 Januari yang lepas memang meriah. Walaupun tidak semua blogger Perak yang dapat hadir, tetapi kemeriahan ini dibantu oleh keadaan Teluk Batik itu sendiri.
Maklumlah, waktu cuti tahun baru cina ini. Banyak keluarga mengambil kesempatan membawa keluarga mandi-manda di Teluk Batik. Aktiviti utama pada gathering pada kali ini ialah BBQ dan mandi laut.
Reaksi pertama saya bila pertama kali jumpa geng blogger Perak, memang sempoi habis. Tidak macam gathering lain yang sibuk cerita pasal blog sahaja, blogger Perak dari mula sampai habis gathering asyik bahan membahan demi mengeratkan silaturrahim. Tapi siapa rasa tersentap, harap maaflah jawabnya.
Habis sahaja gathering di Teluk Batik, aktiviti lain yang dilakukan oleh saya dan beberapa blogger yang tinggal ialah pembikinan video khas untuk menyampaikan ucapan hari ulangtahun kepada salah seorang blogger Perak. Kemudian bergerak makan malam di restoran apa pun dah lupa.
Akhir sekali, sesi melalak di pusat karaoke. Tapi saya tak nyanyilah, maklumlah suara tak sedap. Secara ikhlasnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger Perak yang menjayakan gathering pada kali ini. Serius saya katakan, anda semua memang sempoi.
Nota: Nama blogger semua saya tidak masukkan, sebab saya akan tulis satu lagi artikel sebagai jurnal termasuk gambar-gambar. Nantikan ya. 🙂
daku org perak tp dah lama tak blik perak… huuhuh
haha…kena rajin balik perak la..best
hehehe..nanti ade gath lg..kite jumpe lg..pestime join..mmg best lah..mcm keluarga..rapat je..:)
inysaAllah anis, mmg join punyalah. hope masa tu mengizinkanlah. 🙂
alamak tak tau pulak… almaklum lama tak berblogging kot… rumah aku tak jauh pun dari teluk batik ni… kalau awal2 tau mau jer nak serbu…
best bro, siyes tak menyesal kalau join. 🙂
wah wah..aku tak pernah merasa lagi gathering2 macam ni..
blogger kedah ada ke tak ni? kehkeh
belah kedah aku kurang pastilah plak, uiks. ko kena merasa ni, baru tahu best ke tak best gathering ni. 🙂
Assalam….
bestnya…terasa macam nak join tapi malu pulak,
tengok semuanya muda2 remaja lagi…
salam iza, lama tak nampak. ingatkan dah ilang dari blog saya ni. hehe, tak perlu malu kot. ada antara kami siap bawa family, ibu bapa juga turut serta. gath blogger perak umpama family day. terbaik.
Tak hilang ke mana pun, dok ikuti blog sebagai silent reader melalui smartphone.
oic, patutlah tak nampak. dah jadi silent reader rupanya. thanks iza. 🙂
first time jumpe isa. neves gak. haha! sbb time jumpe ktorg karok. 😛
insyallah ade rezeki nanti jumpe lagi ye. 🙂
neves kenapa plak ye? takut orang makan ka? hehe
seronok dpt jumpa dengan semua kawan2 lme..lme giler tak join gath^^
uiks, blogger perak semua kawan baru…bukan gath sekolah ye…
nak jadi blogge rperak juga lah. heh
boleh je bro, tak jadi masalah. 🙂
jangan lupa aku skali yek!!
Selamat berkenalan yek. Gath BP mmg terbaik!
insyaAllah intan, korang semua memang terbaik!
wah bestnya tentu banyak perkongsian dapat dikongsi…:)
tidak juga, sekadar hiburan tanpa membincangkan pasal blog. macam family day.
menarik….:)
hehe best dapat kenal korang 😉
samalah kita, blogger perak terbaiklah…
Tak tahu pulak blogger perak ada buat gathering di teluk batik, aku pun dengan keluarga pergi ke teluk batik pada hari tersebut. Kalau tak lerh gi jenguk2 gathering berkenal2an antara blogger2 perak.
wah, bro tak roger plak nak g teluk batik…haha, pasni kalau g memana area perak bgtau la…mana tahu boleh join sekaki…
best best 🙂
best dapat campak orang tu masuk laut…haha