Mengapa Penyokong Manchester United Dikatakan Annoying?

Manchester United annoying atau dalam bahasa Melayu menjengkelkan atau lebih senang difahami ialah menyakitkan hati. Tetapi mengapa penyokong Manchester United dikatakan annoying? Pernahkah anda berasa begitu?

Artikel pada kali ini bukan menandakan saya butthurt pula ya encik melayubuntu, sekadar suka-suki menulis ikut selera pula. Maklumlah, sedang mencari idea untuk menulis. Terbaca bula status anda di Twitter yang berbunyi:

Paling kecoh kat kedai mamak time tengok bola ialah penyokong MU. Annoying nak mampus.

Terus saya rasakan ianya satu topik menarik untuk dibincangkan, mengapa penyong Manchester United menjadi sasaran. Sedangkan apa yang saya lihat, semua penyokong pasukan lain lebih kurang sama sahaja.

Saya mengaku, saya merupakan salah seorang penyokong pasukan Manchester United sejak kecil lagi. Bapa saya pula penyokong Liverpool, kalau bab tengok bola tambah-tambah Liverpool lawan Manchester United. Riuh satu rumah, silap-silap satu taman boleh dengar.

Erk, penyokong Liverpool pun annoying la kalau macam tu. Bapa saya pula tu, kalau kat kedai mamak usah ceritalah. Waktu Manchester United konfem meja penuh, bukan penuh dengan penyokong Manchester United. Tapi haters Manchester United, bila gol Manchester United dibolosi. Bergema kedai mamak tu, bersorak-sakan. Bila tanya, “ko penyokong kelab ni ke?”

Agak-agak anda tahu tak apa jawapannya? “Taklah, aku suka tengok gol Manchester bolos.” So siapa yang annoying ni? Penyokong Manchester United menjengkelkankah? Renung-renungkahlah, selamat bersorak. Agak-agak berapa banyak ya penyokong palsu Arsenal akan timbul malam ini ya? Jangan lupa perlawanan Arsenal menentang Manchester United jam 11 malam ini. Jom lihat siapa yang annoying.

P/S: Abang melayubuntu jangan marah pula ya, artikel ini sekadar mengisi masa lapang di hari minggu. Manchester United

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Mengapa Penyokong Manchester United Dikatakan Annoying?”

  1. aku tak kisah sangat klu nak boo team man u ni walaupun aku sokong man u. yang aku bengang, ramai sangat jd LALANG. Bila arsenal kuat, sokong arsenal. Bila chelsea kuat, sokong chelsea. ni plak, bila man city kuat, sokong man city. apa ni bro, LALANG. bila gol man u bolos, bersorak. padahal, player pun tak kenal.

    Reply
  2. klau dah berjaya mmg ramai yg jeles…n aku rase yg ckap sume 2 anti manU….aku pling x suke org kutuk2 manU ni…manU selama nye di hati

    Reply
  3. Bila ramai yang rasa “annoying” itu tandanya team tersebut bagus atau semakin bagus. Cth; Chelsea & Man City… dulu takde org pun “annoying” dengan diorang ni,.. tapi sekarang tengokla apa jadi bila diorang dah jadi team yang kuat. Kalau kat Msia, yang aku perasan ramai annoyed dengan team Kelantan. IMHO

    Reply
  4. annoying?aku penyokong manU tak annoying..aku rilek jer..penyokong lain la yang annoying bila tau ManU kalah..habis dikutuknya..almaklumlah dah banyak sangat kejuaraan..siapa tak jeles??hehehe

    Reply
  5. Kalau kita sokong team sebelah, mesti team lagi satu tu annoying, perkara biasa tu. Cuma jangan sampai fanatik nak bergaduh pasal team bola kat england tu sudah…. 😉

    Reply
  6. aku ada juga ramai kawan Man U supporter tp diorang x de annoying sangat. Biasa la bola sepak, mana mana penyokong pun ada annoying juga

    Reply
  7. Adess….dah le kalah..kena balun ngan bdk2 MU lak tu…ni baru sms…lps cuti nti kompom lagi kaw2 kena…annoying ke tak tu bro…hehehehe

    #Pada aku biasa jer sebenarnya…just suka2 sesama kengkawan….

    Reply
  8. ade typo sikit tu..

    ok, aku nak tgk match tu.. agak2 la.. aku support team mane?? Mesti tak dapat gak kan.. hehe

    tapi match malam ni, salah satu nya pasti milik aku..nanti cek kat twitter.

    Reply

Leave a Comment