Gaya rambut bukan sahaja untuk wanita di luar sana sahaja, bahkan jika dilihat sekarang ramai lelaki telah mempunyai gaya rambut tersendiri. Bukan pandai sahaja bergaya dengan busana atau pakaian, malah rambut juga perlu digayakan.
Jika dilihat dari segi trend masa kini, pelbagai jenis gaya rambut direka. Tetapi haruslah diselaraskan dengan rupa bentuk muka dan warna kulit agar kelihatan lebih kacak dan tampan. Maka dengan itu, fesyen dalam pengayaan rambut harus di ambil kira oleh lelaki yang ingin menyerlahkan lagi personaliti dan keyakinan diri.
Pengayaan rambut juga telah menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman, sebagai contoh gaya rambut pompadour yang digayakan oleh Elvis Presley dan juga gaya rambut afro yang sememangnya popular dengan keunikannya. Kali ini saya akan kongsikan lima jenis gaya rambut yang sering menjadi ikutan ramai.
5 Gaya Rambut Lelaki Untuk Menjadi Tampan
- Spiky atau Pacak
Lebih dikenali sebagai gaya rambut pacak seperti gaya Mohawk, Porcupine, Harajaku, Emo mahupun Punk. Ia amat mudah digayakan dan buat anda kelihatan lebih ranggi dan bertenaga.
- Sleek
Satu gaya yang amat kemas. Para peragawan sentiasa tampil dengan gaya begini. Sememangnya gaya rambut yang klasik.
- Brit Rock
Bagi si jejaka yang berimej indie lebih terserlah dengan gaya rambut ini yang sememangnya ranggi. Rambut hadapan didandan seperti fringe dan berikan sedikit suntikan gaya messy.
- Pompadour atau Quiff
Terkenal dengan gaya jambul di hadapan memberikan gaya yang lebih yakin, retro, stylo dan menampakkan anda lebih bercitarasa tinggi. Perlu di ingat jambul itu jangan terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kelihatan pelik.
- Beralun semulajadi
Gaya ini sememangnya membuatkan anda lebih bersahaja dan penuh daya tarikan kerana rambut yang dibiarkan panjang dan tidak terlalu mengerbang sememangnya amat popular. Biarkan rambut anda beralun di tiup angin dan berjalanlah dengan penuh bergaya!
Begitulah di antara gaya rambut yang mampu mengubahkan rupa paras lelaki agar kelihatan lebih tampan dan kacak. Semoga dengan perkongsian pada kali ini, mampu memberi sedikit inspirasi buat si jejaka di luar sana untuk memilih gaya rambut yang bersesuaian.
Gaya Rambut Lelaki
saya jarang sikat rambut. Sekadar sapu krim dan gayakan secara santai. Ikut gaya rambut ala-ala Jeremy Reiner dalam filem Hansel and Gratel.
zaman sekolah dengan zaman poli je ada gaya rambut..masuk keje trus tak ade..dah hariΒ² bermandikan minyak dengan carbon..tak guna kalau keje bergaya..hahaha..aku suka rambut pendek je supaya kelihatan kemas..
bermandikan minyak dengan carbon? wah, kerja apa tu bro?
kerja kapal yang dah berumur 31 tahun..haha..kalau kapal umur 1-5 tahun xde mandi carbon dengan minyak..
gaya rambut aku.. tangkap muat… main sikat jer..
haha…samalah kita… :p
Style rambut no 2 tu ambe buat masa kecik2 dulu…hehe…nampak muka tak bersalah jer..hahaha
sekarang, hentam sajalah..janji nampak hensem sikit jadilah…keh3
haha, samalah kita. tapi xda la panjang camtu. nampak skema je sikat tepi. sekarang, mana ada sikat dah. belasah pakai tangan je. π
Tak reti sangat nak dandan rambut ni. Main belasah je…
ikut kelesaan sudah, jangan terlampau ikut trend sangat. π
pompuan kalau baca ni .. wah.. cair beb !
itu tak pastilah plak, tapi kalau bakal doktor yang mengayakan rambut macam ni. confirm cair. haha
aku takde gaya rambut sebab botak.. tapi takde la botak licin.. nampak rambut sikit2.. ada kajian dibuat mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin. hehe
mudah-mudahan kajian itu tepatlah, apa-apa pun semua terletak di atas diri sendiri. bagi aku, orang yang botak lebih macho. zaman sekolah dulu, selalu juga aku gunting botak. ringan je rasa. π
mcm aku ni, rambut ada kelumumur botak je lah
itu bisa diatur, boleh hilangkan.
p/s: eh, function vip di kartikel.com dah xda ke?
Gaya skinhead lagi senang kot..jimat kos minyak rambut..
itu sudah pasti, botak lincin dan ringan gitu. π
aku tak pakai sikat. guna tangan aje. haha..
Ini jenis no 6…gaye takde rambut…keh3
botaklah namanya. π
samalah kita bro, sekarang mana pakai sikat. ikut dan je mana yang sempat. hehe
hmmm aku tak tau rambut style apa… kadang2 sikat camni, lepas tu tukar style lain… haha memang tak tetap
aku pun lebih kurang je, ikut kepanjangan rambut. style selalu berubah. π
Daripada 5 gaya di atas,satu pun saya tak dapat nak gayakan.. π
haha, ikut kesesuaian sudah bro. tak perlu nak ikut trend sangat. :p
susah nk pilih gaya rambut.
rambut beralun ~~
rambut beralun buat style last sekali sudah. π