Karnival Jom Masuk U 2013 bakal berlansung bermula bulan ini sehinggalah pertengahan bulan April 2013. Ianya merupakan aktiviti rasmi dalam kalender Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN), Jom Masuk U 2013 merupakan karnival kali ke-9 sejak ianya diperkenalkan.
Tujuan utama Karnival Jom Masuk U ini dilansungkan adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar lepasan SPM dan yang masih bersekolah lagi untuk membuat pilihan melanjutkan pelajaran di IPT yang berada di dalam Malaysia.
Selain itu juga, karnival ini membuka peluang kepada seluruh IPT di Malaysia untuk melakukan promosi menarik minat orang ramai agar memohon ke IPT masing-masing. Bagi pelajar-pelajar sekolah dan lepasan SPM mahupun kepada sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, ambil peluang untuk melawat Karnival Jom Masuk U 2013 berhampiran anda.
Tarikh dan Lokasi Karnival Jom Masuk U 2013
Aktiviti di Karnival Jom Masuk U 2013
Di antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang Karnival Jom Masuk U tahun ini adalah:
- Pameran 1Dream2U
- Informasi Kemasukan
- Kuiz “Jom Masuk U”
- Seminar Sehari Peluang Pengajian Tinggi Negara
- Cabutan Perdana/Bertuah
- Pertandingan Sempena KPTN
Dan bermacam lagi aktiviti bakal dilansungkan di karnival ini, jangan lepaskan peluang ini. Kunjungi Karnival Jom Masuk U berhampiran anda. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari http://upu.mohe.gov.my
Karnival Jom Masuk U 2013
Assalamua’laikum. Say: “My happiness is my Imaan and my Iman is in my heart and my heart doesn’t belong to anyone but Allaah” Semoga menyokong usaha dakwah kami juga kepada golongan remaja, terutamanya program-program berteraskan Islam yg sungguh bermakna kpd remaja sekolah dan matrikulasi!:)
nak lagi masuk U balik. Kali ni ambik master pula. Mudah-mudahan. Aminnn!
cantik keyword ini.. 🙂
Saya belum berpeluang masuk universiti namun masih berimpian untuk mendapatkan segulung ijazah..
insyaAllah bro, menuntut ilmu ini kalau boleh semasa kita masih bernyawa. tidak kira masa dan faktor usia. saya pun masih dalam perancangan untuk ambil master pula. insyaAllah.
tak larat dah nak masuk U. haha..
best kalau join event macam ni, dapat free gift banyak. haha
teringat zaman habis SPM dulu..bila teringat mula la menyesal..tak berpeluang pun masuk universiti..tapi masuk poli best ape..banyak aktiviti berbanding dulu2 dengar ceramah kesudahnya tido..hahah
kira baguslah masuk poli, aku dulu pun masuk poli dulu. siap buat sijil dulu, kemudian integrasi, akhirnya baru masuk universiti. dapat juga degree. 🙂