Rasanya agak lama saya tidak melawati laman Gengblogger untuk berkongsi entri terbaru blog saya di sana. Maklumlah, agak kecewa juga apabila Gengblogger sering mengalami masalah. Mungkin sekarang sudah kembali elok seperti biasa dan sedia memberi perkhidmatan kepada blogger semua.
Dengar cerita, Gengblogger sudah mengeluarkan sebuah widget ala-ala MyBlogLog. Widget yang memaparkan pelawat daripada komuniti Gengblogger sendiri, menarik bukan. Rasa ingin mencubanya juga, maklumlah perasaan ingin support barangan buatan Malaysia. Tambahan pula saya merupakan salah seorang pengguna terawal di Gengblogger.
Tapi perasaan ini menjadi suram, keinginan untuk bermadu kasih dengan widget terbaru dari Gengblogger terbatas. Jika ralat daripada Nuffnang menjadi persoalan, kini apabila menggunakan saluran internet yang disediakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tempat saya menuntut, tidak dapat membuka laman Gengblogger. Pihak ICT daripada UniMAP telah mengkategorikan laman Gengblogger adalah pembawa Spyware ataupun Malware.
Gambar di atas adalah paparan yang dapat dilihat apabila saya cuba memasuki laman Gengblogger menggunakan talian internet yang disediakan oleh UniMAP. Nyata amat mengecewakan saya, dahulu boleh dimasuki. Kini lain pula yang jadi.
Gambar di atas adalah contoh laman yang menggunakan widget daripada Gengblogger iaitu Amanz.my dan ia juga tidak dapat dilihat melalui internet yang telah disediakan oleh UniMAP. Tidak dapatlah saya melihat gambar macho saya di widget Gengblogger. 🙂
Rasanya memang benar, satu ketika dahulu laman Gengblogger telah diserang oleh Malware tak silap saya. Tapi rasanya sudah diperbaiki dan kembali pulih seperti biasa. Malangnya pihak ICT UniMAP tidak mengemaskini laman-laman yang tidak dibenarkan masuk melalui internet yang disediakan oleh pihak UniMAP. Atau mungkin ia tetap tidak membenarkan para pelajar mengakses laman Gengblogger.
Oleh yang demikian, saya meminta kepada pihak Gengblogger sudi memaklumkan kepada pihak ICT UniMAP untuk mengemaskini sistem mereka agar membenarkan saya untuk mengakses laman Gengblogger. Sila hubungi mereka di UniMAP Network Support Team, hidup Gengblogger! 🙂
Promosi: Jangan lupa untuk mendapatkan dua notebook Acer Aspire One untuk dimenangi sekarang juga!
Pengarah ICT UniMAP “Tuan Haji” Nasrudin Bin Abd. Shukor dok makan rasuah dengan company Celestra Network Communication jaa…
http://www.cnc.net.my
Tiap2 tahun boleh jenjalan luar negara wooo…masyukkk
Cuba tengok carta organisasi ni.
Pengarah ICT yg jaga bhgn network.
http://publicweb2.unimap.edu.my/~ict/images/stories/cartanew.jpg
rasanya derang tengah sedap dok bercuti ataupun sibuk menguruskan perkara2 peribadi… tumpuan mereka mungkin belum pada kerjanya tu… elok juga diberitahu dengan segera tu… kalau tak, tak terkenang kot derang nak perbetulkan semula…
hoho, tak tahulah. dorg bab block ni memang laju, tp bab unblock ni slow ya amat. haha
hoho, cam websense uitm dulu.. tapi kat uitm diorang punye filter noob sket.. bleh pakai proxy jer.. cume lembab jer laa.. hehe, leceh gak kadang2 ngan security universiti nie…
filter unimap ni tinggi gila dah sekarang ni, tak boleh pakai proxy dah. dlu blh gak pki. skg ni jgn harap la. damn…
macam dah lama je isu malware tu,tak setel2 lagi ke?hari tu macam ada terbaca yg GB dah setel pasal malware..tak update pulak..
tak tahulah bro, ada yg ckp dah settle. tp ada plak yg ckp tak settle aku. tempat aku mmg takleh masuk dah gengblogger ni.
be more extra careful.. macam2 leh jdi….
itulah, bahaya benda2 macamni. silap2 semua data kita dia boleh ambik.
harap2 xde papela..risau juga malware ni..komputer kang..
entahlah, org ckp malware tu ada lg kat gengblogger. aku nak cek tak boleh lagi. cuba ko guna http://download.cnet.com/Malwarebytes-Anti-Malware/3000-8022_4-10804572.html pastu masuk gengblogger. ada apa2 tak.
biar betik… errrr….
haha…betik berbuah-buahlah…
nasib baik guna dkt rumah je…
haha, rumah aku takda tenet. bb plak kena block, dah 3 bulan tak bayar. hehe
gengblogger still ada malware. orang banyak tak sedar. malware pembawa trojen belambaklambak. trojen paham2 la. hackers. korang tak sedar ke pasword korang dah kena curi? aku cakap ni bukan cakap kosong. tapi itulah kenyataannya.
kalau korang dapat detect, korang masuk gengblogger mesti ada ip lain akan inject masuk pc korang. kalau korang pakai certain firewall yang berkesan korang akan sedar betapa banyak ip yg tak dingini attack pc korang. 🙂
admin/owner/mod/crew gengblogger tak sedar ke ada orang dah tanam script kt dorg?huhuhu lubang pon byk kt gengblogger tu. aku penah drop sapa pnya url ntah la kesian dia. sebab aku termasuk profile orang secara tak sengaja.hahaha so untuk adminadmin/owner/mod/crew gengblogger yang aku dengar semuanya kerek tu, harap2 dorang sedar la.
aku tak tahu pula bab ni, sbb aku dah lama tak masuk. sekarang ni, memang confirm2 la aku tak blh masuk. unimap dah block. tp waktu mula2 gengblogger kena serang aritu, aku ada perasan gak benda ni berlaku.
yg pelik waktu buka kat IE boleh, tak detect malware. buka kat mozilla, terus detect malware. aku cuak gak, terus aku tak guna. time tu login guna twitter kan? nasib baik aku dah tukar pass twitter lepas tu.
bahaya gak benda camni, tp aku kurang pasti keadaan gengblogger sekarang. nak check pun tak boleh lagi. ko ada bahan tak nak pastikan benda ni berlaku atau tidak? boleh share.
apa maksud ko bahan? bukti ke apa?? nak elak? try pakai software yg aku guna ada kt pc. aku skang online pakai netbook. so tak ingat nama. try ni http://download.cnet.com/Malwarebytes-Anti-Malware/3000-8022_4-10804572.html
kalau aku pakai software ni pun aku tak leh buka GB skg ni, tak dpt nak detect lg. cuba ko print screen apa yg kuar bia ko pakai software tu n masuk GB. aku nak ushar gak, buktila katakan.
tak perasan dah hidup balik ke laman GB tu?
rasanya dah hidup balik, ada juga ternampak blogger yang ping di gengblogger. siap dah ada widget sendiri lagi tu, ala-ala MyBlogLog.
wahh
sampai detect macam tu sekali
ini semua pasal kes aritulah, kan gengblogger pernah diserang malware. skg dah boleh guna balik, tp sistem ict unimap tak update lagilah ni.
Geng Blogger sangat menarik untuk blogger2 baru seperti saya.. Dari situ pun boleh menjana traffik yang banyak.. Boleh blogwalking dengan mudah 🙂
betul tu, banyak dah laman seperti gengblogger sekarang. macam selanggorbloggers, johoreanbloggers dll. memang baik untuk menjana trafik. tp harus diingatkan, jgn ping serentak dalam satu masa. 🙂
mintak2 ok blik la tu lps ni..klu x kesian kt bro xleh guna..
itulah pasal, siapalah sudi nak wat report ni. bolehlah suh pihak ict unimap betulkan. hehe
kena contact diorang suh buang notis camtue. hohoho~
haha, tau takpe. aku nak contact segan la. nnt dorg ckp apa plak student minta buka page yg takda kena mengena ng pelajaran. hehe
aku pnah contact diorg kt komen dlm portal..mmg kaw2 aku bg..haha
tp yg pliknye die lgsg xtnjuk komen aku..bls pn tidak..komen2 laen bls plak
ko bg komen mcm mana? dah delete la kot, aku nak ingatkan ko. ko takleh komplen sgt bab internet unimap ni, student yg pakai berapa ramai, memang la perlahan, pastu tempat kita tgl skg ni bukan kampus unimap, kampus sementara sahaja, then paling yg kita kena ingat, setahu aku dalam yuran tak tersenarai pun bab internet ni…
risau betul baca tajuk kat atas nih. serik jadi cleaner nih, sapu bersih betul computer ha.
haha, apa nak dirisaukan. browser sekarangkan dah ada penapis malware, kalau buka page yang ada malware pasti dia akan bgtau siap2. hehe
unimap oh unimap..
aku punya tempat, blogspot banyak dia block..
yang lain ok je(Youtube tak la)
tempat ko leh buka youtube ke?
tempat aku dah tentu2 takleh buka
nak buka cpanel hosting sendiri pun takleh
lagilah susah, tension pun ada
haha
boleh pakai proxy..hehe
lorh relax le bro, jangan nangis kat sini..;)
ko pakai proxy apa? dlu boleh pakai freegate, tp skg tak lepas dah. hoho
ha ah, pakai vtunnel.com
tak pasti la wireless tempat bro boleh ke tak?
cuba dulu~~
haha, memang tak lepas. bagilah segala laman web tuk change proxy, semua dah kena block. tempat aku ni byk engineer, memang superb la. haha
kener kasik report dlu kot..
bru cepat sket diorang update..
nak kasi report takut gak, nnt dorg sentuh bab study plak. fhm2 jela. hehe
erm macam ne tuh… takpe lah lepak kat group blogger yang lain dulu…
itulah pasal, nasib baik unimap ni tak block semua…kalau tak gem aku dibuatnya…haha
wah. widget nampak menarik. nanti boleh le try.
ceh…citer pasal widget plak…aku dah la kempunan nak test widget tu…hehe…weh…pasal thesis ko tu nnt aku wat…tgu cdiq dtg jmp aku lu…dia pun ada masalah sama cam ko…klu aku jmp solutions dia aku tlg wat tuk ko…klu aku takleh wat…aku bgtau yerk…
sabar bro sabar. hehe. ok bro. takpe2. kalau bro xleh, aku ada minta jugak jasa org lain tolong cari solutionsnya. oraite
oklah tu, kalau org tu jumpa solutions dia dlu bgtau la aku. boleh aku study skali. boleh?
eh. boleh je bro.
don’t worry.
apa macam cara si cdiq? dah try ke? boleh tak?
boleh ke guna cara tu bro? aku cm x yakin je. bro buat kt aku boleh x cara cdiq tu?
ko test la buat, tp pastikan ko backup file custom.css ngan custom_functions.php ko dlu. kalau tak berani, nnt aku tlg buatkan.
aku x berani le bro. bro buatkan jelah ye. hee
hoho…tak jantan la ko ni…haha…takpa…nnt aku watkan…
haha. aku cuma xnak nyesal d kemudian hari kalau tersalah. hee. ok bro.
haish…bila nak pandai kalau tak berani mencuba…try and error la bro..baru cepat belajar. hehe
alaa bro. sebelum ni pon dh bnyk kali aku try and error. cuma kali ni je x. hee.
haha…takpa2…nnt aku tlg watkan yerk…sbr ye…
haha. ok2. dh buat let me know at email ok?
haha..aku aritu wat pn mmg pasrah giler..kalu kena restore balik wp aku xkesah dah mase tu..sbb aku dah tension cri solution..tp naseb baek jd 😀
bro aku dah buatkan, dah berjaya. so bolehlah ko redesign balik skin ko tu. 🙂
Silap GB jugak membiarkan terlalu lama web GB dicop sebagai penyebar Malware. Sepatutnya masalah malware tu diselesaikan dengan pantas. Aku pun baru masuk balik dalam web GB.
tahu takpa, aku tgk pun ramai otaimer dah tak guna gengblogger tu. baru skg aku nampak blk link gengblogger tu, tu pun tak ramai. aku pun br nak masuk balik, tp jd camni plak.
ni mesti ramai blogger kat unimap ni.
tu yang dulu die block tu. hehehe
tak tahulah plak aku bab ramai ke tak blogger unimap ni. tapi aku rasa memang ramai kot. ada gak blogger unimap yg tegur2 aku cam cdiqlife.com tu, siap suh aku setupkan blog wp tuk dia. skg dah jadi kawan, reza mohyin tu pun unimap gak. tp dia otai la. hehe…
aku tu..hehe 😀
blogging mngeratkan ukhuwah 😛
haha, tp bila dah settle dah bz takmo lepak ng aku dah. hoho
maybe tak update lagi la tu unimap..btw..bangga sekejap ada muka aku kat blog amanz..haha
itulah, maybe dia tak ambil kisah sangat pasal aktiviti blogger kat unimap ni. sampai aku nak masuk cpanel pun tak boleh. huhu, tension pun ada. ades
haah..tu la.aku nk masuk cpanel aritu pn xblh..pastu nseb baek ohduit tu tlg aku..blh access..tu aku bgang gak ngan unimap..sume nk block..baek xyah letak intnt
haha, baru tahu ke? memang cpanel takleh masuk pun kalau guna tenet unimap ni. wat sakit hati jerk.
kat UTHM dulu pun sama takleh masuk cpanel. lepas tu aku buat report bagitau yg aku banyak buat keje2 web, padahal tipu je haha. esoknya dah boleh masuk cpanel 😉
wah, bestlah. aku nak wat report camtu tak bolehlah kot. sebab aku bukan dak komputer, nak try suh dak komputer wat report la camni. bg tau port je kan?