Ralat Daripada Nuffnang

Baru-baru ini saya telah mendapat email daripada pihak Nuffnang dan perkara pertama yang bermain di dalam fikiran saya adalah “mungkin jemputan untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang ataupun update terbaru daripada mereka.”

Tetapi fikiran itu meleset sama sekali, kerana mereka ingin memaklumkan ralat yang telah berlaku dalam sistem Nuffnang. Ralat yang bagi saya seharusnya tidak berlaku, iaitu terdapat salinan atau gandaan terhadap pendapatan CPC global (global CPC earnings) untuk minggu ketiga bulan ini iaitu pada 14 hingga 20 November.

Oleh yang demikian, akaun Nuffnang saya terjejas dan terpaksa ditolak kembali pendapatan yang saya perolehi daripada salinan tersebut. Walaupun pendapatan pada minggu itu tidak banyak, tapi bagi saya perkara sebegini tidak patut berlaku. Semoga ralat sebegini tidak berlaku lagi di masa yang akan datang dan menyebabkan kekeliruan kepada blogger lain.

Berikut adalah email yang telah dihantarkan kepada saya:

Ralat Daripada Nuffnang
Adakah anda pernah mengalami pengalaman sebegini? Ini adalah pertama kali bagi saya, walaupun saya tidak berapa mahir dalam pengiraan pendapatan yang dihasilkan daripada Nuffnang. Tapi bagi saya ia tetap penting kerana ia adalah pendapatan tetap semasa saya berblog untuk membayar bil broadband saya yang sudah tertunggak selama tiga bulan.

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi menjana pendapatan sampingan saya melalui blog ini selain pendapatan buat duit melalui Twitter dengan ChurpChurp. Semoga pihak Nuffnang sudi menggandakan pendapatan saya di masa yang akan datang. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

63 thoughts on “Ralat Daripada Nuffnang”

  1. Owh.. Jai pernah dapat sekali… Pernah aritu buka nuff. terkejut tengok akaun jumalh amaunt terebih2 sudah.. Gembira la kjp, pastu kena tolak balik, rupanya tersalah kira da..hu3

    Reply
  2. aku hilang RM50, Rm50 tu aku dah cashout tapi tiba2 ditolak sebab masalah ni…bengang juga la, nuffnang, innity dan geng blogger dah banyak masalah skg ni. diaorg lupa kot mula2 mereka naik dulu sapa yg dok sokong depa…la ni dok buat hal plak…..

    Reply
    • pergh, memang sakit hati kalau camtu. itulah, tanpa kita siapalah mereka. kalau dah tahu ramai blogger yg guna rangkaian dorang, mestilah update sistem selalu. ini tidak, macam pandang remeh jerk. hehe

      Reply
    • ini apa yg aku dengarlah, ramai blogger dah tak pakai advertlets sebab kelawatan bayaran dan service customer yang teruk. itu apa yg aku dgrlah, tak tahu plak pada blogger lain.

      Reply
  3. Pingback: Laman Gengblogger Pembawa Malware — Blog Mohd Isa
    • memang dah ok balik sekarang ni, dah diperbetulkan balik. nampak ada perbezaan earnings. takkan sikit je bro. suh team click nuffnang masuk blog bro. 🙂

      Reply
    • betul tu, yang tu memang aku solute dorg. pantas je hantar notis. memang terbaiklah, takdalah org tya nanti kenapa tiba2 earnings berkurangan. 🙂

      Reply
  4. Pingback: Tweets that mention Ralat Daripada Nuffnang — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
    • haha, samalah kita. memang nampak perbezaan, bila baca je email ni. terus buka nuffnang, memang dorg dah betulkan bila tgk earnings kurang balik. hehe

      Reply
    • itu bukan kerja manusialah bro, kalau manusia nak kira semua ni. memang susahlah. system dorg yang masalah ni. tapi dorg dah betulkan. tp tak jauh beza sgt pasal earnings ni. maklumlah, bukan byk mana pun aku dapat dari nuffnang ni. hehe

      Reply
  5. Alhamdullilah rasanya saya belum mengalami masalah macam ini bro isa.. Nuffnang kan profesional.. Mengapa masalah begini masih boleh berlaku? Xpe-xpe nobody perfect.. Harap selepas ini tiada masalah sebegini berlaku..

    Reply
    • oklah tu kalau tak pernah mengalaminya lagi, maybe ada error dalam system nuffnang itu yg jadi duplicate pada earnings sebelum ni. tapi cepat juga dorg betulkan, memang ada perubahanlah. klu dah dibetulkan, earnings pun turun baliklah. hehe

      Reply
        • weh, ada pertanyaan yg aku ingin ajukan ni…hoho…cam mana ko wat page tuk tag ko yerk…cam tag berita sukan terkini…pastu ko wat backlink tuk tag tu ke?

          Reply
          • Dengan thesis, semua blh buat bro.. 🙂
            pergi kat tag setting jer dlm wp admin.
            Skrg aku test skill SEO utk optimize kan post tag punya. Nak tgk dengan post tag sejauh mana blh pergi.. Sebab kalau tgk, rata2 byk yg buat “no index” dan “no follow” utk post tag ni. Maklumlah, katanya akan jd duplicate content, tp kalau dgn thesis, tak ada lg duplicate. 🙂

            Reply
        • oic, tag setting yang bawah post tu ke? aku ada test wat gak klu yg bawah post tu. tp tak keluar plak content dia. hurm, cam mana yerk?

          Reply
          • A’ah.. yg bawah post tu lah..
            content yg mcm ne tu? bila dah klik dah tu, dah adalah content yg berkaitan dengan tag tersebut..

            Reply
        • content macam summary bro untuk tag berita sukan terkini tu. aku try buat, tp tak tahulah betul ke tak. boleh bro print screen tak? pastu send kat email. boleh?

          Reply
          • Oh.. yg tu kene masuk kat wp-admin. Ko pergi kat tag setting. lepas tu, pilih tak yg ko nak edit.. nnti kat situ ada ruangan utk masukkan summary tu.. Aku x leh nak buka blog utk print screen, sebab skrg blog aku ada malware.

            Reply
        • itulah pasal, aku test masuk blog ko pg td. tgk2 ada malware plak, siapalah punya angkara tu. masuk ni dah dua kali kan? takpalah, nnt aku cuba lagi. kalau ada masalah, aku rujuk ko balik.

          Reply
        • ok2, nnt aku cuba. erk, kenapa ye boleh kena serang dengan malware? selalu dorg just masukkan script dalam file kita kan. ke bro tak tukar permission tuk file2 bro.

          Reply
        • better ko check balik semua permission, then tukar pass. aku rasa ada yang tak kena tu. aku risau gak pakai plugin cache ni. ko tahulah pakai plugin cache tu kena tukar permission dia. aku tgh study cam mana nak gzip blog tanpa plugin dari etomyam ni. tp tak pandai2 lagi. hehe

          Reply
          • dh byk kali tukar pass tu.. kalu ko nak gzip tanpa plugin, ni caranya. Copy code dibawah, dan letak dlm file .htaccess:

            AddOutputFilterByType DEFLATE text/html text/plain text/xml text/css application/javascript application/x-javascript application/x-httpd-php application/rss+xml application/atom_xml text/javascript

            Tapi kod ni berfungsi bergantung kpd sesetengah hosting gak..

            Reply
        • aha, etomyam ada gak ckp. kena edit kot kat .htaccess
          nanti aku cuba buat, sbb sekarang ni aku takleh masuk cpanel lagi. aku baru download dari emel yg ko bg. thanks bro, malware kat blog ko dah settle ke blm?

          Reply
        • tapi aku tak guna lagi, aku tak dapat lihat hidden file aku kat file manager. nak kena buka pakai ftp software la plak. oic, aku baru je pas masuk blog ko. dah ok la tu. ko tak tya ke apa masalahnya?

          Reply

Leave a Comment