Hargailah Insan Yang Menyayangimu

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.

Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.

Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.

Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasa disayangi dan dihargai, sesunguhnya insan ini amat menyayangi dirimu. HIDUP SEORANG BLOGGER tidak selalunya mudah, kerana banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Bukan hanya di dalam alam maya sahaja, malah di alam realiti. Sekian.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

38 thoughts on “Hargailah Insan Yang Menyayangimu”

  1. Hargailah sementara masih sempat, jangan nanti bila dah tiada baru nk menyesal. Bukan dgn harta kekayaan, tapi sekadar ingatan cukup memberi seribu erti & kebahagiaan.

    Reply
  2. hmmmm…seperti yg berlaku pd sy..kekesalan yg tiada sudahnya…bila dia dah pergi barulah sy sedar yg rupanya sy sgt teramat padanya..sikap ego dan melarikan diri akhirnya memakan diri sendiri…semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah…sy akan berubah…itu janji sy..!

    Reply
  3. Pingback: Cara Mengingati Nama — Blog Mohd Isa
  4. Itulah kehidupan, kdg2 kita di atas, & kdg2 di bawah, seperti roda yg berpusing.

    Kita hidup saling memerlukan di antara 1 sama lain.

    Semoga sentiasa tabah. 🙂

    Reply
    • itulah, hidup umpama roda. kadang2 di atas, kadang2 di bawah. kita dijadikan berpasangan, tapi itulah. cuma kita sahaja belum mengetahuinya. oleh yg demikian hargailah org yg menyayangi kita. terima kasih.

      Reply
  5. salah x salah la…. tp penah x kte pandang diz thing dr sudut yg berlainan.?
    if ati x de rasa sayang y nak bersama.? suka di paksa.? suka memaksa.? kaseh syg yg ada atas dasar paksaan.? adakah akan bahagia.? fikir2 kan….

    Reply
    • tiada sudut berlainan apa yang dimaksudkan di sini, persoalannya adakah paksaan terhadap insan itu? adakah insan itu menghargai kasih sayang yang diberikan? diulangi, tiada dasar paksaan. tetapi diminta agar dihormati dan dihargai.

      Reply
  6. Pingback: Hargailah Insan Yang Menyayangimu @ Kaki Komplen Malaya
  7. syahdu jer aku baca entry ni..
    kekadang kita sayang org tu tp
    orang tu tak suka kita pun..
    apepun, kita perlu menghargai setiap kasih sayang yg
    diberikan kepada kita..

    Reply
    • benar tu bro, aku faham kalau tiada balasan dari kasih sayang yang kita curahkan. tetapi cukuplah sekadar dihargai dan dihormati.

      Reply
  8. salah satu sifat manusia ni ialah pelupa..lupa untuk menghargai..yang mna jasa2 org bagi kat kita tp kite tidak sedar..walaupun jasa tu xde la besar sgt…

    Reply
  9. selalunya yg menjadi kesilapan kita ialah kita menyayangi mereka yg tak menghargai kita..bila susah cari kita,bila senang lupakan kita..

    Reply
    • betul juga tu, tapi itulah. pada kebiasaannya susah kita nak mengenal hati dan budi orang ni. bila dah salah langkah baru menjadi pengajaran.

      Reply

Leave a Comment