Penulisan

Istiadat Konvokesyen Ke-6 Universiti Malaysia Perlis

Tinggal hanya sehari sahaja lagi Istiadat Konvokesyen Ke-6 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dilansungkan pada 17 dan 18 September 2011 di Dewan 2020, Kangar. Tidak sabar rasanya untuk menerima segulung ijazah setelah hampir empat tahun bertungkus-lumus menimba ilmu di UniMAP.

Walaupun sepatutnya saya boleh menerima ijazah ini setahun lebih awal, tetapi dengan kealpaan diri saya ini terpaksalah menunggu setahun lagi. Akhirnya saya berjaya juga menghabiskan sesi pengajian saya di UniMAP dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana akhirnya saya berjaya menghadiahkan segulung ijazah buat kedua-dua orang tua saya.

InsyaAllah selepas ini bolehlah saya mencari pekerjaan untuk membantu mereka pula. Walaupun ini merupakan kali ketiga saya akan berkonvokesyen setelah menerima sijil dan diploma di politeknik dahulu, tidak sabar rasanya untuk mengalaminya sekali lagi.



Oleh yang demikian, bagi sesiapa sahaja yang berhampiran dengan bandar Kangar bolehlah memeriahkan lagi Istiadat Konvokesyen Ke-6 Universiti Malaysia Perlis yang dilengkapkan lagi dengan Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis Ke-6 dengan pelbagai acara menarik dan gerai-gerai jualan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Nota: Pssst, jika ada sebarang jawatan kosong yang bersesuaian untuk saya. Maklumlah kepada saya, biasalah tengah mencari kerja. 🙂

12 Comments

  1. mohd fitri October 10, 2011
  2. mohd fitri October 10, 2011
  3. wazy October 2, 2011
    • Mohd Isa October 4, 2011
  4. Nine September 23, 2011
    • Mohd Isa October 4, 2011
  5. Wan Perlis September 21, 2011
    • Mohd Isa October 4, 2011
  6. Pacifista September 15, 2011
    • Mohd Isa September 15, 2011
  7. Fairuz September 15, 2011
    • Mohd Isa September 15, 2011

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.