Baru-baru ini banyak universiti di Malaysia menjalankan majlis istiadat konvokesyen, tidak lupa juga beberapa universiti yang akan melansungkan istiadat tersebut tidak lama lagi. Begitu juga Universiti Malaysia Perlis di mana tempat saya melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan.
Akhirnya saya dapat juga menerima segulung ijazah yang saya idamkan selama ini, istiadat konvokesyen UniMAP yang berlansung pada 17 dan 18 September yang lalu telah berjalan dengan lancarnya. Syukur, alhamdulillah dapat juga saya berkonvokesyen buat kali yang ketiga setelah menerima sijil dan diploma sebelum ini.
Cerita bab konvokesyen yang sudah dilansungkan dan bakal dilansungkan pasti sudah menyentuh bab bilangan graduan dan peluang pekerjaan di Malaysia yang ada. Sudah pasti bilangan graduan makin meningkat, tetapi adakah peluang pekerjaan di Malaysia juga bakal meningkat?
Itulah antara persoalan yang melayang-layang di fikiran saya sekarang ini, maklumlah. Apabila sudah tamat pengajian, sudah pastilah peluang pekerjaan yang dicari setiap hari. Mulalah mencari bantuan daripada rakan-rakan yang sudah bekerja, manalah tahukan ada peluang pekerjaan di tempat mereka bekerja.
Oleh yang demikian saya ingin memohon bantuan daripada rakan-rakan pembaca yang sudi berkongsi mengenai peluang pekerjaan yang ada bersama saya. Manalah tahu dengan bantuan anda semua dapatlah saya mencari rezeki. Di sini saya ceritakan sedikit mengenai sijil, diploma dan ijazah yang saya ada.
Sijil dalam kejuruteraan elektrik dan elektonik, diploma di dalam bidang kejuruteraan elektronik komputer dan akhir sekali ijazah dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik. Saya juga berminat mencari pekerjaan dalam bidang IT atau pengkomputeran. Agak-agak anda tahu tak nak apply di mana? 🙂
Great tips for newly graduated professionals on how to make the proper resume in order to compete against other competitors.
tgh cari kerja jgk ni..tak dpt2 lagi..dah apply byk jgk..harap2 ada rezeki nanti
Isa;
Kalau nak kerja bahagian IT sila contact email saya..
BK.
done, saya dah emelkan kepada anda. 🙂
Banyak tempat boleh apply kerja ni bro
kena sabar je la,kalau dah rezeki tu,sambar je
dah byk gak aku apply, jumaat ni ada interview…doa2kan la aku yerk…
tgh sabar la ni, tp jumaat ni aku ada interview…hope dapatlah gamaknya…hehe
Semuanya bergantung pada rezeki. Sandarkan pada Allah dan yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah. Ada orang yang murah rezekinya siap boleh tukar-tukar kerja lagi. Ada orang agak sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki di muka bumi ini. Cuma perlu berusaha sahaja untuk mencari peluang yang ada. Terima kasih di atas peringatan yang diberikan. 🙂
apply keja sama itu amanz network maa..haha
dia orang besar sekarang 😀
haha…aku dah merisik…cam xda lg…:P