Jadual suku akhir Euro 2012 boleh ke? Eh, dah macam forblogger.net dulu-dulu la pula. Itu dulu, seronok je baca. Sekarang, hampeh. Blogger ke mana, for what? Haha, abaikanlah. Yang penting Euro 2012 semakin rancak.
Euro 2012 sudah pun memasuki pusingan suku akhir, di mana terdapat kejutan demi kejutan berlaku. Tidak lupa kontroversi gol Ukraine dinafikan pengadil kelima, rekod Belanda yang teruk pada Euro terlakar dan pelbagai lagi.
Apa-apa pun saya masih tersenyum lebar apabila pasukan pilihan saya Jerman layak dengan penuh bergaya, satu-satunya pasukan yang berjaya mencatat kemenangan seratus peratus setakat ini. Sepanyol ada? Jom layan jadual suku akhir Euro 2012 di bawah.
Jadual Suku Akhir Euro 2012
Republik Czech vs Portugal
22 Jun 2012 | 2.45 pagi | Stadion Narodowy, Warsaw | Live Astro 801, 825, 845
Jerman vs Greece
23 Jun 2012 | 2.45 pagi | Arena Gdansk, Gdansk | Live TV3 danAstro 801, 825, 845
Sepanyol vs Perancis
24 Jun 2012 | 2.45 pagi | Donbass Arena, Donetsk | Live TV3 dan Astro 801, 825, 845
England vs Itali
25 Jun 2012 | 2.45 pagi | Olimpiyskyi, Kiev | Live TV3 dan Astro 801, 825, 845
Jika dilihat jadual suku akhir Euro 2012 di atas, perlawanan tumpuan sudah pasti di antara Sepanyol dan Perancis serta England dan Itali. Dua pertembungan yang pasti menarik, lagi dua suku akhir kelihatan mudah buat Portugal dan Jerman.
Rasa-rasa anda, pasukan manakah yang bakal layak ke separuh akhir pula? Saya pilih Portugal, Jerman, Sepanyol dan Itali. Jangan lupa dapatkan jadual penuh Euro 2012 di pautan Jadual Euro 2012.
Jadual Suku Akhir Euro 2012
Pergh! Sempat sindir forblogger 😀
sokong pasukan kalah je..haha..
apa barang sokong pasukan kalah, jerman la…baru superb…
p/s: kalau terima email notification tolong maklumkan pada aku, terima kasih.
portugal dah masuk separuh akhir.. 🙂
Tahu takpa, Ronaldo memang terbaiklah. 🙂
Starting tu memang macam Forblogger haha… aku terfikir jugak kenapa starting dia macam tu? Ada mempengaruhi SEO ke?
PS: Sedar tak sedar dah pun sampai ke peringkat Suku Akhir EURO 2012, 2-3 hari lagi tamatlah game ni, siapa yang menang agaknya ye?
Aha, perasan juga ya. Memang mempengaruhi, permulaan artikel dimulakan dengan keyword adalah disarankan dalam seo. 🙂
Jangan nak dua tiga hari sangat ya, suku akhir pun dah makan 4 hari. :p