Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri

Mas kahwin merupakan pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syarak di dalam Islam, di mana suami wajib membayar mas kahwin kepada isteri semasa akad nikah dijalankan sama ada berupa wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang.

Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisaaโ€™ ayat 4 yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

Sebut sahaja pasal mas kahwin, teringat pula rakan-rakan seperjuangan yang lain sewaktu di bangku sekolah, politeknik dan universiti yang sudah ramai mendirikan rumahtangga. Saya pula masih tercari-cari masa yang sesuai untuk berkahwin.

Maklumlah, teringat pula pesan orang melayu kita. Biarlah “tegak berdiri” dahulu barulah fikir untuk berkahwin. Bagi yang tidak faham dengan “tegak berdiri” yang saya maksudkan, rajin-rajinlah tinggalkan komen di bawah.

Alang-alang menyentuh pasal mas kahwin ini, apa kata kita lihat kadar mas kahwin mengikut negeri yang saya ketemui di laman blog rakan-rakan. Tetapi dinasihatkan agar membuat rujukan lain di jabatan agama negeri masing-masing ya, mana tahu ianya sudah berubah.

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri

kadar mas kahwin mengikut negeri

Jom kita lihat pula riwayat at-Tabrani dan al-Hakim mengenai mas kahwin ini pula:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:ย”Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”

Huraian:

  1. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
  2. Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.
  3. Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Berat bukan tanggungjawab lelaki kacak untuk menjadi seorang suami, ini baru sebelumnya. Mungkin mas kahwin yang ditetapkan bukanlah mahal mana jika dibandingkan dengan wang hantaran yang dipinta kelak oleh keluarga si isteri.

Apa-apa pun tunai yang wajib dahulu, iaitu mas kahwin barulah fikirkan bab lain. Itu baru “tegak berdiri”, lengkap semua baru fikirkan untuk berumahtangga. Ingat, mas kahwin adalah wajib. ๐Ÿ™‚

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

12 thoughts on “Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri”

  1. Baru-baru ni ade la tanya2 family gf, dia kata hantaran yang kami bercadang nak kongsi tu sebenarnya untuk menampung kos majlis je… tgk la besar @ kecik majlisnya…

    Reply
  2. Adat istiadat perlu dihapuskan . X de masalah klo nk tetapkan Mas Kahwin… Bgi ana hantaran perlu dihapuskan… Tu bukan cre & budaye orh islam… but budaye yg paling bangang & x leh pakai… Nk kahwin biarlah bahagia bukanye menderit dgn hutang semate2 utk dapatkan/ bayar hantaran…

    Reply
  3. wang hantaran dan mas kahwin tak jadi masalah sebenarnya.. mas kahwin macam mustahil je kalau lelaki tak dapat sediakan.. bukan banyak sangat pun.. bab wang hantaran tu pulak tak semestinya 100% lelaki je kena keluar duit.. kan boleh berkongsi untuk cukupkan semua perbelanjaan tu.. benda boleh dibawa berbincang..

    p.s. kawin la dgn orang kelantan.. confirm senang.. ๐Ÿ˜›

    Reply
  4. Pingback: Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri.
  5. Assalam..
    Kat Kedah suka hati je nak letak berapa. Saya dulu mas kahwin banyak sikit dari puteri sultan…menghampiri 3. Kalau hantaran mahal, bukan milikkita sepenuhnya tapi kalaumas kahwin, orang lain tak boleh usik..

    Reply
  6. hoho, mas kahwin memang tak jadik problem.. pakai duit saku pun bleh bayar.. yang problemnya wang hantaran tue, sampai beribu2… kesian orang yang nak kawen.. depa nak kawen sebab nak bahagia, tapi terpaksa duduk dalam hutang dulu… ish3..

    Reply

Leave a Comment