Kadar Zakat Fitrah 2011 Mengikut Negeri

Tidak lengkap rasanya jika aku sekadar berkongsi tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini jika tidak mengetahui kadar zakat fitrah yang perlu dilunaskan mengikut negeri sebelum menunaikan solat hari raya aidil fitri nanti.

Walaupun sudah ramai blogger lain yang berkongsikan kadar zakat fitrah 2011 mengikut negeri, tidak salah rasanya aku kongsikan di sini pula. Sekadar mengingatkan aku terhadap zakat yang wajib dibayar kelak. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang perlu dibayar untuk seorang:

Kadar Zakat Fitrah 2011

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
6.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.

Teringat pula Ramadhan pada tahun lepas ketika pertama kali aku pergi membayar zakat fitrah untuk keluarga aku, cuak jugalah. Maklumlah, pertama kali membayar zakat. Selalu waktu kecil, aku ikut abah aku sahaja pergi menunaikan zakat fitrah ini. InsyaAllah, jika ada rezeki aku pada tahun ini. Aku akan bayar lagi.

Selamat menunaikan zakat fitrah. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

21 thoughts on “Kadar Zakat Fitrah 2011 Mengikut Negeri”

  1. Pingback: sjiehan » Kadar Zakat Fitrah 2011
  2. terima ksh atas info..thn ni adalah pertama kali byr zakat bg diriku n jd wakil utk suami..suami d pelantar minyak..jauh dari darat..

    Reply
  3. Pingback: Bulan Ramadhan & Bulan Kemerdekaan — Blog Mohd Isa
  4. tak ingat pulak berapa aku bayar zakat fitrah tahun lepas.rasanya macam kurang RM 1 dari tahun lepas punya ni.ada ke zakat makin kurang?rasa macam makin naik je adalah…

    bayar zakat fitrah ni wajib.jangan sampai lupa tanggung jawab…

    Reply
  5. Pingback: { Aku , Blog & Kamu } » Ramadhan Bakal Menjelang
  6. tahun lepas hampir2 terlepas… nasib baik isteri ingatkan 🙂 tahun ni nk bayar awal skit insyaallah.. takut terlupa lagi

    Reply
  7. terima kasih utk info ni..tercari-cari juga maklumatnya..zakat pendapatan dan simpanan juga jangan lupa dibayar. baru bersih pendapatan.

    Reply

Leave a Comment