Salam Ramadhan dan Salam Merdeka

Genap sudah lima hari aku tidak mengemaskini blog ini, pasti ada yang hairan. Kejap ada, kejap tiada. Sudah macam biskut chipsmore aku dibuatnya. Apa-apa pun aku ingin sampaikan salam Ramadhan dan salam merdeka buat semua pembaca blog aku ini.

Rasanya macam amat bertuah pada tahun ini, pelbagai perayaan akan diraikan secara berterusan. Mana tidaknya, meraikan kehadiran bulan yang penuh berkat iaitu Ramadhan. Begitu juga bulan kebanggaan bagi negara kita, bulan kemerdekaan.

Semoga dengan bulan Ramadhan di bulan kemerdekaan ini dapat memberikan keberkatan kepada negara tercinta ini agar terus aman, makmur dan harmoni sentiasa hendaknya.

Yang paling seronok bagi aku, aku juga sudah merdeka. Mana tidaknya, aku sudah berjaya menamatkan pelajaran aku di peringkat ijazah sarjana muda dan insyaAllah aku akan naik konvokesyen pada bulan September ini.

Sekarang tengah tunggu panggilan temuduga untuk bekerja pula, semoga korang semua sudi-sudilah doakan aku agar memperolehi perkerjaan dengan cepat ya. Salam Ramadhan dan selamat menyambut hari kemerdekaan. 🙂

P/S: Ada sedikit pembetulan untuk Kadar Zakat Fitrah 2011 yang telah aku kongsikan sebelum ini, harap ambik perhatian. Terima kasih.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Salam Ramadhan dan Salam Merdeka”

  1. Pingback: Selamat Hari Kemerdekaan Ke-56 — Blog Mohd Isa
    • haha, nak buat duit kena ada modal, online kena ada internet. umah aku mana ada internet, ni pun online kat cc…haha

      Reply

Leave a Comment