Kafein Punca Kerap Kencing?

Kafein punca kerap kencing? Tertarik saya dengan persoalan seorang sahabat di ruangan Dr. Maskulin dalam majalah Maskulin keluaran bulan Disember 2012. Mana tidaknya, saya juga gemar minum minuman berkafein seperti tongkat ali dan nescafe.

Dalam persoalan tersebut, beliau menghadapi masalah kerap kencing. Di mana beliau bertanya adakah masalah ini berpunca daripada minum minuman kafein terlalu banyak? Risau juga saya, mana tidaknya saya juga mengalami masalah yang sama.

Kafein Punca Lawas Kencing?

Berikut adalah jawapan daripada Dr. Maskulin:

Kafein merupakan bahan stimulant untuk badan kita dan selalunya digunakan untuk meningkatkan tahap kepekaan mental. Ia juga digunakan untuk merawat sakit kepala dan pelbagai masalah lain.

Ia boleh juga didapati di dalam minuman seperti kopi, teh dan koko. Kafein yang ditambah di dalam sesetengah minuman adalah bertujuan untuk memberi “tenaga” dan meningkatkan tahap kepekaan mental bagi sesiapa yang meminumnya.

Selain daripada itu, kafein juga memberi kesan diuretik atau “lawas kencing”. Ada kemungkinan juga masalah kerap kencing disebabkan oleh kandungan kafein di dalam minuman yang diambil. Namun begitu, ada juga sebab lain yang menyebabkan masalah lawas kencing, seperti jangkitan kuman pada pundi kencing dan penyakit kencing manis.

Memang ada kajian saintifik mengenai kaitan kafein dan lawas kencing. Di dalam kajian tersebut, didapati bahawa pada sukatan kandungan kafein sebanyak 360mg, seseorang itu akan mengalami peningkatan jumlah air kencing selepas mengambilnya.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kekerapan kencing dengan minuman kafein, jumlah kuantiti kafein yang diambil, tahap toleransi terhadap kafein dan masalah pundi kencing atau tidak.

Jika masalah lawas kencing berhenti apabila berhenti mengambil minuman kafein, ini bermaksud kandungan kafein yang menyebabkan kerap kencing. Tetapi jika ia masih juga berlaku, perlulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Fuh! Menakutkan juga, setahu saya jika mengambil minuman kafein berlebihan akan menyebabkan sakit kepala. Ini lain pula, kafein punya kerap kencing. Kena cuba berhenti ambil minuman kafein. Kurangkan pun jadilah. 🙂

Kafein

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

9 thoughts on “Kafein Punca Kerap Kencing?”

  1. Kopi kita minum akan buatkan salur darah mengecil = darah bergerak laju = kita makin alert.

    Tapi tu jugak bermaksud kita telah pekatkan kandungan darah, air badan akan masuk kedalam darah untuk lawan efek kopi (Badan akan kehilangan air).

    Bukan tu saja, buah pinggang perlu cuci darah yang lebih pekat dari biasa, sebab tu air kecil (waste) makin banyak. Jangan minum kopi kalau tak gemar minum banyak air, sebab takut penapis kita (buah pinggang) rosak.

    Reply
    • Sebut pasal buah pinggang, ada lagi satu perkara yang kita perlu tahu yang akan menyebabkan buah pinggang kita rosak. Makan ubat tahan sakit seperti painkiller, itu juga mampu rosakkan buah pinggang. Terima kasih di atas komen yang menarik ini.

      Reply

Leave a Comment