Assalamuailakum dan salam sejahtera kepada semua, syukur alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya. Ucapan syukur juga kerana diberikan peluang untuk saya berkongsikan sebuah lagi artikel menarik buat anda semua.
Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Jika sebelum ini saya kongsikan barisan manusia menuju ke akhirat, kali ini saya kongsikan beberapa khasiat membaca surah Yasin yang telah saya temui melalui perkongsian rakan-rakan di Facebook. Terima kasih kerana menggunakan jaringan sosial itu dengan sebaik mungkin.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
- Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika terpenjara akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
- Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
- Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
- Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.
Alhamdulillaahi robbil’aalamiin
Semoga semua menuju kebaikan dari Allaah SWT
Assalamualaikum wbt . terima kasih ats info2 yg sgt berguna buat umat islam , mohon share ye π
Salam, saya mohon kongsikan di blog saya. Terima kasih
Silakan, pastikan diberi backlink.
yaasin……………..FANTASTIC !
Alhamdulillah.. Subhanaallahβ¦moga-moga kita mendapat hidayah daripadanya Allah amin….
alhamdulillah⦠semoga kita semua umat islam sentiasa selalu sedekahkan Al-fatihah dan Surah Yassin yang telah kembali kerahamatallah..amalan setiap hari moga-moga kita mendapat hidayahnya ammin..
mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
533 orang telah “share” blog ini kat FB. Insyallah, pembaca lain akan membaca dan ”share” pula dengan orang lain. Pahala tuan insyallah berganda-ganda. Minta tuan tambahkan rujukan, terima kasih.
insyaAllah, mudah-mudahan begitulah hendaknya. semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan kesedaran dan ilmu kepada orang ramai.
salam.. maaf kerana menganggu, sy terpanggil untuk memperbetulkan sedikit kekeliruan masyarakat kita pada hari ini berkenaan dengan hadith pada nombor 11 di atas…… Hadis ini disampaikan oleh Tirmizi dlm al-Jami’ drp Anas bin Malik. Tirmizi menceritakan kepada Qutaibah bin Abd Rahman al-Ruasi menceritakan, drp al-Hasan Ibn Saleh, drp Harun Abu Muhammad, drp Muqatil bin Hayyan, drp Qatadah, drp Anas. Kemudian Tirmizi berkata : Terdapat keraguan pada hadith ini. Kami tidak mengetahui drp Humaid bin Abd Rahman @ x diketahui hadith ini drp Qatadah di Basrah melalui sumber ini dan Harun Abu Muhammad adalah seorang yang majhul (x tahu latar belakangnya).
Ulasan :
– Ibn Abi Hatim di dalam Ilal al-Hadith mnyebut : “Muqatil tersebut adalah Muqatil bin Sulaiman. Aku sudah melihat hadith ini pada awal kitab yang direka oleh Muqatil bin Sulaiman dan ini adalh hadith yang batil dan tidak ada asal sumbernya.
-menurut az-Zahabi dlm Mizan al-I’tidal : Berdasarkan sanad hadith ini adalah palsu kerana menurut Waki’ dia adalah seorang pendusta.
-Al-Abani dlm Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhua’h menyatakan hadith ini palsu.
Bagi ingin tau lebih lanjut boleh rujuk buku karanagn Muhamad ‘Amru b. Abd LAtif : “Hadith Qalbu al-Quran Yasin fi al-Mizan wa jumlat mimma ruwiya fi fadhliha ” terbitan Maktabah al-Tarbiyah al-Islamiyah, Mesir.
Kelebihan malam jumaat hanya ada pada surah al-Kahfi ( “Siapa yg mbaca surah al-Kahfi pd hr jumaat, dia akan diterangi cahaya di antara dua hari jumaat”. Direkodkan oleh al-nasa’ dan al-Baihaqi. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani) manakala surah yasin pada mlm jumaat x ada kelebihan cuma mendapat pahala kerana membacanya….jika tersilap maka perbetulkan ana sebagai hamba Allah yang lemah, Wallahua’lam
Assalamualaikum..
Minta kebenaran untuk amik info dari blog tuan..terima kasih..semoga kita diberkati yang ESa..(^_^)
salam, takpa. memang untuk dikongsikan. sila. π
Don’t forget also that the Prophet once said: “Whoever recites Surah Yasin will be rewarded 10 times over in heaven.” I myself recite it daily and It has helped me tremendously. I am trying to get others to acquire the same habit. Sorry for the reply in English, my malay isn’t that good. Salaam.
salam…. minta maaf, di sini saya ingin bertanyakan kepada orang yang poskan kelebihan surah yasin ini, boleh saya tahu dari kitab hadis mana hadis ini diambil? boleh saya tahu tentang darjat kesahihan hadis tersebut & siapa perawinya? saya khuatir takut-takut hadis tersebut adalah hadis palsu… disebabkan dunia sekarang penuh dengan fitnah… jadi saya mengambil langkah untuk berhati-hati dalam sumber hadis yang dipaparkan…
saya pernah mendengar sesiapa yg membaca surah yasin pada tiap2 malam, maka akan di kurniakan allah pahala seperti orang yg mati shahid.
Dalam usaha menghafal dan memperbaiki bacaan surah suci ini…semoga Allah SWT merahmati kita semua..amin
allah
Trima ksh krn brkongsi ilmu :)),moga kta beroleh kemenangan d akhirat.
allahuakbar!
saya skrg nie sdg cube menghafal surah yasin…
tolong doakan saya supaya saya boleh menghafalnya..
insyaAllah, semoga Allah mempermudahkan usaha syafiq. π
Subhanaallah…
kebesaran Allah…
info yang menarik, tapi tipical mind orang kita bila baca surah Yassin hanya pada malam jumaat, kenduri arwah dan masa seseorang meninggal dunia…jadi bila dah tau kelebihan surah Yassin ni dapat dijadikan amalan dan bukan pada masa yang tertentu sahaja
betul tu, ramai orang kita membaca surah Yasin bila malam jumaat sahaja dll. tapi tidak diamalkan selalu, walaupun ada tapi masih kurang. harap dengan perkongsian kebaikan membaca surah Yasin ini dapat membantu agar kita semua boleh mengamalkan bacaan surah Yasin selalu.
entri yg baik. pasni tulis kebaikan ayat kursi
insyaAllah, nanti aku tolong carikan. π
alhamdulillah…tpinky pun selalu sedekahkan Al-fatihah dan Surah Yassin buat saudara mara, ahli keluarga dan rakan2…(mana2 yg tiba2 teringat) Semoga Allah meleraikan kesulitan..Tabahkan hatimu..
βKadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indahβ
syukur kepadaNya, baik sungguh awk ya. baguslah kalau diamalkan selalu. insyaAllah awk akan mendapat lebih manfaat daripada amalan tersebut. terima kasih di atas kata-kata yang diberikan. besar maknanya bagi saya.
Terima kasih di atas perkongsian ni bro
sama-sama, harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. insyaAllah.
perkongsian yang sangt bagus bro..Yassin kan jantung Al-Quran..lagipun Al-Quran dan hadis adalah peninggalan Nabi Muhammad SAW,jadi insyallah sesiapa yang berpegang kepada 2 perkara tu,dia tidak akan sesat:)
terima kasih, itulah. sesungguhnya jika berpegang kepada hadis dan sunnah, insyaAllah aman hidup ini.
Dah makan bulan juga x baca habis Surah Yasin nie. Terima kasih kerana mengingatkan saya akan fadhilat2nya.
p.s: Rindu nak balik Perlis.
apa lagi bro, balik la perlis. boleh meet up. hehe
itulah, sama-samalah kita memperingati fadhilatnya. insyaAllah hidup ini akan lebih bermakna.
satu lagi perkongsian yg menarik dari bro. rupanya bnyk ye manfaat/kebaikan membaca surah yassin ni.
terima kasih, betul tu. aku sendiri pun baru tahu. rupanya banyak kebaikan membaca surah yasin ni. so, insyaAllah booleh diamalkan selalu lepas ni.
syukur alhamdulillah… kalau kita umat Islam mengamalkan ajaran yg terkandung dalam Al-Quran, insyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.. π
mudah-mudahan begitulah hendaknya, sudah menjadi kemestian kepada kita untuk mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.
amin