Tahniah Buat Kontinjen Sukan Asia Malaysia

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Tinggal sehari sahaja lagi sukan Asia yang berlansung di Guangzhou akan melabuhkan tirainya, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh kontinjen Malaysia dalam edisi pada kali ini.

Jika sebelum ini kontinjen Malaysia telah mencapai sasaran pingat emas di New Delhi dalam sukan Komanwel, semalam kontinjen Malaysia akhirnya berjaya mencapai juga sasaran pingat yang telah disasarkan sebelum acara sukan Asia 2010 ini berlansung iaitu 9 pingat emas. Pingat emas ke-9 yang telah dimenangi oleh kontinjen Malaysia adalah melalui sukan skuasy dalam acara berpasukan wanita yang diketuai oleh ratu skuasy negara, Dato’ Nicol Ann David.

Saya telah mengikuti sukan Asia 2010 ini sejak dari awal lagi, banyak perubahan ketara yang saya dapat lihat. Sudah pastinya banyak kejayaan yang tidak diduga yang telah dicapai, terutamanya pasukan hoki lelaki Malaysia yang pada mulanya tidak mensasarkan sebarang pingat. Tetapi telah terbukti apabila, mereka berjaya mencipta sejarah yang tersendiri apabila melayakkan diri ke pentas final sukan Asia buat pertama kalinya dalam sejarah penyertaan.

Tetapi terus terang saya cakap, saya agak terkilan dengan aksi di pentas final apabila pasukan hoki kita tunduk kepada pasukan Pakistan 2-0. Memang tidak dinafikan, Pakistan mempunyai reputasi tersendiri dalam sukan hoki yang telah memenangi 7 emas dalam sejarah sukan Asia dan mereka telah berjaya mendapatkan emas yang ke-8 semalam.

Apa-apa pun, saya tetap berbangga dengan aksi pasukan hoki kita. Semoga mereka akan lebih sukses di masa yang akan datang dan mengembalikan reputasi pasukan yang digeruni sebelum ini. Tahniah daripada saya buat kontinjen Malaysia yang telah mecapai sasaran 9 emas di sukan Asia pada kali ini, semoga kontinjen Malaysia akan terus berjaya di masa yang akan datang. Malaysia Boleh!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

32 thoughts on “Tahniah Buat Kontinjen Sukan Asia Malaysia”

  1. lepas ni malaysia kena bid untuk jadi tuan rumah for the next Sukan Asia…baru agaknya boleh dapat pingat emas lagi banyak apabila beraksi di tempat sendiri…macam masa Sukan Komanwel 98 dulu

    Reply
    • tahu takpa, risau pun ada. macam takda player dah jerk. hope bam dapat hantar pelapis untuk open2 yg akan dtg. ini tak, sukan besar baru nak hantar pelapis. memang kena titik la.

      Reply
  2. Pingback: Tweets that mention Malaysia Berjaya Mendapatkan Emas Ke-9 Sukan Asia 2010 — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
    • satu-satunya sukan yang aku tak faham, kriket. tp malaysia boleh dikatakan memberi saingan dalam sukan tu, insyaAllah di masa akan datang. mungkin malaysia boleh menjadi salah satu pasukan kriket yg disegani di rantau asia. 🙂

      Reply
  3. Tahniah untuk pasukan Malaysia. Lain kali, kita cuba lagi. Kita boleh.

    Walaupun hoki dapat Perak, tapi aku berbangga. 🙂

    Reply
    • itulah, macam tak percaya sahaja apabila melihat kontinjen malaysia beraksi pada awal saringan. tak nampak macam mereka boleh capai sasaran tu. tapi syukur, mereka telah berjaya melakukannya.

      Reply
    • betul tu, memang tidak diletakkan sasaran apa-apa pada pasukan hoki kita. tetapi berjaya membawa pulang pingat perak yang amat bermakna sekali. itulah, kecewa dengan badminton. risau juga, tiada pelapis nanti untuk badminton.

      Reply
  4. prestasi atlet2 kita sekarang ni nampaknya makin meningkat cuma badminton je yg masih lagi pada tahap sama walaupun dah jadi antara pasukan yg digeruni dunia. skuad hoki kita pun patut dipuji walaupun sekadar dapat perak. ni kali pertama dapat masuk final kan? harapnya akan datang skuad hoki kita akan jadi pesaing hebat kepada negara2 lain terutama pakistan 🙂

    Reply
    • betul tu, memang boleh dikatakan prestasi atlet2 kita hampir meningkat semuanya. tapi dirisaukan ialah ketiadaan pelapis seperti badminton, jika hendak turunkan sebagai pendedahan. eloknya turunkan pada kejohanan terbuka sahaja, bukan di sukan asia yang diadakan 4 tahun sekali. betul tak? tapi paling best pada sukan asia kali ini, adalah pasukan hoki kita. memang terbaik!

      Reply
  5. Pingback: Tweets that mention Tahniah Buat Kontijen Sukan Asia Malaysia -- Topsy.com
  6. tidak semuanya berakhir dengan sesuatu yang indah walaupun bermula dengan baik.
    kecewa sikit lah hoki kalah, tapi layak ke final tu pun dah sesuatu yang baik. memang lebih manis kalau menang emas, automatik boleh layak ke sukan olimpik.

    aku tengok perlawanan semalan, 1st half memang pakistan yang control game, dia orang je yang menyerang, boleh dikatakan tak nampak lansung keaper pakistan. minit2 akhir 2nd half baru malaysia nampak mengasak sikit. bagi aku, pemain terbaik semalam keaper malaysia, s.kumar. banyak save yang dia buat

    Reply
    • tahu takpa, emas yang diharapkan dari sukan yang berpontensi lebur macam tu sahaja.badminton, takraw dll. memang agak mengecewakan. tapi alhamdulillah di ganti dengan emas dari sukan lain.

      itulah, rugi satu peluang untuk layak ke sukan olimpik. kalau tak boleh dah beraksi di sukan olimpik, ini bermakna kena bersaing di pusingan kelayakanlah jawabnya.

      game semalam memang mengecewakan aku sedikit, berbeza dari game sebelum-sebelumnya. yang paling teruk waktu penalty corner, semua mistake. sedih pun ada, s.kumar memang terbaiklah sepanjang sukan asia kali ni.

      Reply

Leave a Comment