Keindahan Pantai Ciptaan Tuhan

Siapa yang tak pernah pergi pantai? Sila angkat tangan, aku ada tawaran buat korang semua. Aku akan bawa korang bersiar-siar di tepian pantai sekitar Perlis dengan penuh keindahan ciptaan tuhan yang maha Esa sambil menikmati ABC dan laksa Perlis. Nikmatnya.

Aku amat bersyukur dengan ciptaan tuhan yang maha Esa, menyediakan tempat untuk aku menenangkan fikiran dikala menghadapi pelbagai masalah dan dugaan yang datang secara tiba-tiba tanpa dijangka. Tetapi kita sebagai seorang insan haruslah menerima segala dugaan daripadaNya. Kerana Ia tidak akan menduga kita jika kita mampu menghadapinya.

20 Julai bersamaan hari Selasa, setelah pulang daripada menghadiri MSC Job Camp yang akan tamat pada 11 Ogos nanti. Aku dipanggil untuk menghabiskan masa di tepi pantai Seberang Ramai, Kuala Perlis. Dengan keindahan pantai ciptaan tuhan, dapat juga aku menenangkan fikiran yang serabut dengan ditemani oleh Sun dan Naz. Sayangnya Allah kepada umatnya, begitulah juga rasa sayang aku kepada Allah.

Melihat matahari terbenam di tepian pantai memang agak mengujakan, cantiknya ciptaan tuhan. Subhanallah, itulah yang terdetik di hati aku ketika melihat saat-saat kebesaranNya. Jom kita lihat gambar yang sempat dirakam oleh photographer amatur kita dengan DSLRnya cik Naz. Sempat juga aku bermain-main dengan DSLRnya, nak beli tak mampu lagi. 🙂

Serpihan cengkerang di tepian pantai
Serpihan cengkerang di tepian pantai

Ikan belacak sedang bermain-main
Ikan belacak sedang bermain-main

Coretan di pasir adalah wajib!
Coretan di pasir adalah wajib!

Terbenamnya matahari terbitnya bulan
Terbenamnya matahari terbitnya bulan

Pelangi di sawah padi
Pelangi di sawah padi

Indahnya Perlis
Indahnya Perlis

Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak bolehlah taruk banyak-banyak. Karang korang komen plak blog aku loading so slow. Kalau nak tengok lagi keindahan ciptaan tuhan, nanti aku uploadkan di dalam Facebook aku. Terima kasih Naz. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

15 thoughts on “Keindahan Pantai Ciptaan Tuhan”

  1. Pingback: Cerita Inspirasi : Papa | TopMotivasi.com | inspirasi.me
  2. indahnye ciptaan Allah…selagi ada mata utk memandang, pandanglah keindahan yang tidak akn indah selamanya…sememangnya kita dilahirkan utk melihat sesuatu yg indah2 belaka…anyway… lau pantai itu indah, indah lg senyuman seorg wanita yang solehah…..renung-renung kan lah….salam

    Reply
  3. seronok yer lau dapt mlihat kindahan allah y d berikan kpd umat yer.
    memg tringin sgt nk g tmpt2 cm 2 tp x lg ksmpaian..x de y nk teman..

    Reply
  4. rindu kan pantai!!!! lama dh x pegi lepak kat pantai tgk matahari terbenam sambil cari kepah dlm pasir…ntah bila la dpt pegi lepak kat pantai lagi..lbh2 lg dh busy dgn kerja….

    *nnt klo pegi pantai, smpai salam ein pada pantai n ombak ye….keh3*

    Reply
  5. Pingback: Tweets that mention Keindahan Pantai Ciptaan Tuhan — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  6. chantek nya. Naz belum pernah sampai ke kuala perlis. sampai pn ke felda (lupa dh nama nya…hehe) ja 😀

    *eh..pergi dgn Naz yg mana 😛

    Reply

Leave a Comment