Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat semua pembaca Blog Mohd Isa, pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua kerana sudi meluangkan masa membaca blog yang tidak seberapa ini. Jesteru dengan itu aku ingin menjemput korang semua memeriahkan Festival Konvokesyen UniMAP kali yang ke-5.
Selaku warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) aku amat berbesar hati dan berasa tanggungjawab untuk menjemput kepada sesiapa sahaja bagi memeriahkan Festival Konvokesyen UniMAP yang bakal tiba menjelang awal bulan Ogos 2010. Festival ini akan bermula pada 3 Ogos 2010 dan dijangka tamat pada 8 Ogos 2010 bertempat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis.
Sepanjang enam hari festival konvokesyen ini pelbagai acara menarik akan dilansungkan selain gerai-gerai yang akan dibuka pada festival ini. Seperti festival-festival konvokesyen sebelum ini, terdapat beberapa artis dijemput untuk mengadakan konsert sempena festival konvokesyen ini berlansung. Antara artis yang dijemput adalah Faizal of The Band, Tilu, Grey Sky Morning dan Ahdan Salleh. Yuna takda ke? 🙂
Selain itu juga, terdapat beberapa aktiviti menarik bakal dilansungkan sepanjang festival konvokesyen ini seperti autoshow, pertunjukan drift, Clash of The Band dan banyak lagi. Bagi yang berhampiran, aku amat mengalu-alukan kedatangan korang semua bagi memeriahkan festival konvokesyen UniMAP ini. Rugi kalau korang tak datang, memang syok abis.
Untuk mengetahui info Festival Konvokesyen UniMAP ke-5 ini dengan lebih lanjut lagi, korang bolehlah melayari blog Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP. Di sana korang semua boleh mendapatkan info yang lebih detail.
Nota: Sedih pun ada, patut aku akan konvokesyen sekali dengan rakan-rakan aku. Tapi tiada rezekilah pula. Apa-apa pun aku ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku yang bakal naik konvo pada kali ini. 🙂
Haloo…bebudak U…buatlah program berladaskan ciri-ciri Islam…Kita orang Melayu beragama Islam Kan…
Program kira nak enjoy saja….
itulah manusia, pandang serong sahaja. dah pernah datang ke festival ni?
dilengkapi dengan forum perdana, gerai2 jualan dibuka untuk orang2 melayu untuk mendapat rezeki. bantu membantu, bukan kata mengata.
nk jgk…..
datanglah beramai-ramai
🙂
gua bukak booth jualan nnti..jgn lupe singgah..hoho
bukak booth gak yerk…bagus2…nnt aku singgah selalu..hehe
hoho..sinnggah jgn lupe beli bro..nnti gua simpan baju yg the beatles merah tu
haha, kalau ada duit lebih boleh la…ok2…nnt aku ambik…
hehe.. leh jumpe nnt weh.. dkt sngt ngan umah aku tu.. 😛
boleh jerk, takda hal punya. tp aku takda no ko la. msg aku kat fb weh. hehe
umah ko kat mana bro? kangar ke?