Kelebihan Hari Jumaat Dalam Islam

Kelebihan hari Jumaat yang dipanggil penghulu segala hari bagi umat islam seluruh dunia. Tahukah anda apakah kelebihan hari Jumaat di dalam islam? Pada kali ini saya akan kongsikan beberapa kelebihan di dalam hari Jumaat.

Kelebihan Hari Jumaat

  1. Hari berlakunya Kiamat
    Dalam suatu riwayat Muslim,Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Pada hari Jumaat juga Kiamat akan berlaku.Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

    Dalam Hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Kiamat. Hari yang disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

    Dalam Hadis di atas jelas sekali bahawa Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan merupakan hari yang dijanjikan iaitu Hari Kiamat.

  2. Nabi Adam Diciptakan dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga
    Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada Syurga.Daripada Abu Hurairah R.A katanyam Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam A.S diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”
  3. Penghulu Segala Hari
    Jumaat ini adalah harii yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua kepada hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

    “Jumaat dinamakan sebagai Saidul Aiyam iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik-baik hari).”

  4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat
    Menurut Rasulullah S.A.W:

    “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

  5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku
    Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat. Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
  6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah
    “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta kepada Allah S.W.T sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah Melindunginya daripada kejahatan.” Hadis Riwayat Tirmizi.

Sumber: Blog Amar – Kelebihan Pada Hari Jumaat

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

13 thoughts on “Kelebihan Hari Jumaat Dalam Islam”

  1. Pingback: Kelebihan Solat Jumaat — Blog Mohd Isa

Leave a Comment