Lelaki Kacak Cabaran Terakhir

Sebut sahaja lelaki kacak, sudah pasti berkenaan dengan kontes SEO yang sedang rancak berlansung di antara blogger Malaysia. Ramai juga blogger Malaysia yang sertai, tapi saya rasa ada juga seorang blogger sertai dengan lebih satu blog.

Apa-apa pun, rasanya tidak melanggar sebarang syarat. Janji backlinks diberikan kepada semua penaja. Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia blogging, backlink menjadi keutamaan setiap penaja kontes. Selain mengharap trafik daripada setiap peserta.

Sedar tak sedar, cabaran SEO lelaki kacak sudah hampir ke penghujungnya. Saya ingat tamat pada 31 Mei 2012 yang lalu. Tunggu punya tunggu keputusan tidak keluar lagi, jadi saya pun periksa semula di blog penganjur. Maklumlah, sejak kerja mana mahunya nak blogwalking selalu.

Tarikh Tamat Cabaran SEO Lelaki Kacak

Buat pengetahuan semua, cabaran SEO lelaki kacak ini bakal tamat pada jam 12 malam 15 Jun 2012. Kira-kira lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk peserta mengemaskini dan berusaha untuk terus bersaing menjadi 7 terbaik, sebab hadiah sampai ke-7 sahaja setakat ini.

Pada saya kontes SEO pada kali ini memang amat mencabar berbanding cabaran SEO yang pernah saya sertai sebelum ini. Lelaki kacak benar-benar membuatkan saya berputus asa untuk bersaing, kenapa ya?

Apa yang saya perhatikan, ramai blogger Malaysia sudah menguasai teknik SEO blog dengan sempurna. Perkembangan teknologi juga memain peranan, banyak tools yang boleh digunakan untuk menaikkan lelaki kacak di Google. Tapi salah langkah, memang kena penalti terus.

Bagaimana pun, tiada syarat yang melarang penggunaan tools. Maklumlah, kalau ada larangan pun pihak penganjur mana mungkin mengesan penggunaan tools. Rasanya sebab itu saya rasa putus asa, nak buat backlinks manual memang tak larat dah.

Kalau guna tools, bolehlah buat backlinks untuk lelaki kacak berjuta-juta. Tetapi bagi saya, untuk lebih selamat. Buat backlinks secara manual lebih berkualiti, tambahan pula untuk teknik link wheel. Memang kacak habis, tapi kerajinan yang tinggi diperlukan.

Tambahan pula algoritma terbaru Google iaitu Google Penguin yang mengambil berat tentang kualiti backlinks yang dibina. Memang agak ketat jugalah jika ingin berada di muka surat pertama SERP Google. Apa-apa pun ia tidak menjadi halangan untuk terus bersaing dalam merebut hadiah lelaki kacak.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

25 thoughts on “Lelaki Kacak Cabaran Terakhir”

  1. masih sempat tu, aku je rasa macam tak sempat nak join dah ni…hukhuk..
    lelaki kacak banyak blogspot dominasi 1st page SERP ni, kacak betul.. setanding semua..goodluck

    Reply
    • baru cek td, dari 1st page ke 3rd page. memang sedih, tang mana salah aku pun xtau. hehe, dah malas nak kejar balik. apa nak jadi-jadilah. blogspot mendominasi. pelik sungguh, maybe advantage dorg laju diindeks.

      Reply
  2. Pingback: Contest SEO Lelaki Kacak, 4 sebab kenapa saya menyertainya? | Lelaki Kacak Zulseffort
  3. sebagai seorang newbie dalam contest seo nie,,aku hanya sekadar mencari pengalaman sahaja. kesannya daripada beberapa artikel lelaki kacak yang aku publishkan semuanya telah hilang entah ke mana kecuali homepage sahaja berada di page ke 20++…Nak tanya sikit apakah yang dimasukkan dengan link wheel tu.Adakah mesti buat dummy blog sebanyak mungkin ke untuk mendapatkan backlink.

    Reply
    • hilang? uiks, macam mana boleh hilang? bro ada spam keyword ke? link wheel lebih kurang macam bro cakaplah, dummy blog. tapi tidak digalakan. lebih elok buat artikel di mana-mana free article submiter, free blog dan lain-lain. nak selamat lagi, dalam artikel jangan buat link untuk anchor text yg spesifik. tambah frasa dia, contohnya bina backlinks dengan ‘lelaki kacak sejati’ ke dll. jangan lupa masukkan link ke authority site sama. 🙂

      Reply
  4. bila ada buat kontest camni (SEO) secara tak langsung ramai yang akan faham cara nak apply dengan betul (try and error). BTW, aku pun lebih suka cara manual, nak selamat & long term katakan. 🙂

    Reply
  5. haha… contest SEO rupa, patutlah aku tengok ramai blogger tulis sal Lelaki kacak nie… duduk dalam gua ke ape aku nie… bende nie pun x tau

    Reply

Leave a Comment