Kereta Impian Ku

Salam sejahtera buat semua pembaca sekalin, semoga berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit impian yang berada dalam hati saya. Iaitu kereta yang menjadi impian saya.

Terima kasih terlebih dahulu untuk bro Robinhood sebab sudi membuat satu peraduan yang kena pada citarasa saya. Iaitu peraduan yang di namakan Your Dreams Car! Menarik bukan? Jadi tidak salahlah saya ingin menyertainya, hadiahnya pun agak lumayan.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini. Iaitu Kereta Impian Ku, hajat di hati memang besar. Mana tidaknya, BMW 5 Siries menjadi idaman kalbu. Sekali tengok bentuk badan memang habis cunlah. Tapi bilakah ia akan menjelma sebagai sebuah realiti? Harap-harap bro Robinhood sudilah doa-doakan buat saya ya.

Mengapa saya memilih kereta ini sebagai impian saya? Nama pun BMW, gah di dunia permotoran. Canggih, meleleh abislah kalau dapat bawa BMW 5 Siries ni. Kalaulah saya mampu memilikinya suatu hari nanti, saya nak suruh bro Robinhood umumkan kepada pembaca-pembaca blog beliau. Yang mana, impian saya menjadi kenyataan sebab peraduan yang dianjurkan oleh beliau sendiri.

Jadi apa pendapat anda semua tentang impian yang saya inginkan ni? Berbaloi ke bila memiliki BMW 5 Siries ni? Jadi tunggu dan lihatlah nanti, kalau ada rezeki. InsyaAllah saya akan tayangkan BMW milik saya suatu hari nanti di dalam blog ini juga. Kalau nak tengok real, kasi je alamat kat bawah ni. Nanti saya bawa depan rumah anda semua. Nak tumpang pergi Tesco pun takpa. (macam mat jenin lah pula)

Baiklah, setakat ini dahulu. Kalau anda berminat untuk menyertai peraduan oleh bro Robinhood bolehlah jenguk-jenguk blog beliau di http://thebedroomtragedy.blogspot.com/

Yang bermimpi di siang hari,
mohdisa

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

Leave a Comment