Buat Duit Dengan ChurpChurp + Twitter

Salam buat semua pembaca setia di blog mohd isa, kali ini saya ingin berkongsi sebuah laman baru atau dunia pengiklanan yang dapat menjana kewangan bagi pengguna-pengguna twitter. Pada masa kini, fenomena pengiklanan melalui Twitter sedang kian meningkat naik. Syarikat seperti Be-A-Magpie, RevTweet dan banyak lagi sudah dikenali hampir semua pengguna Twitter.

Kali ini, media pengiklanan di Twitter iaitu ChurpChurp telah dilancarkan oleh Nuffnang. Walaupun ChurpChurp ini masih belum dikenalkan di halaman rasmi Nuffnang, ChurpChurp berkongsi server bersama-sama Nuffnang.

Selain itu juga, ia juga didaftarkan di atas nama syarikat Nuffnang. Sama seperti media pengiklanan yang lain, ChurpChurp menemukan para penulis Twitter dengan pengiklan.

Para pengguna Twitter kini boleh menjana kewangan dengan menyertai ChurpChurp dan para pengiklan pula boleh menghantar mesej kepada para pengguna Twitter dengan mudah. Buat masa sekarang, ChurpChurp ini masih di peringkat BETA. Mungkin mengalami sedikit masalah yang belum dikenalpasti.


P/S: Jom, apa lagi pengguna Twitter sekalian. Sertai ChurpChurp sekarang juga.

Kredit: amanz.my

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

5 thoughts on “Buat Duit Dengan ChurpChurp + Twitter”

    • mudah sahaja, cuma perlu register dan nnt dapat email, just wat assignment yang diberi. nnt dia akan publish kat twitter bro, then kalau ada org click ada la duit masuk. 🙂

      Reply

Leave a Comment