Khasiat buah anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda bahawa anggur kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2 dan mempunyai kandungan kalori yang rendah baik untuk kesihatan tubuh badan.
Jika sebelum ini saya ada berkongsikan berkenaan dengan khasiat epal hijau yang mampu mengurangkan risiko barah, pada kali ini saya akan kongsikan khasiat buah anggur mampu membantu dalam proses penghadaman makanan seharian.
Khasiat Buah Anggur Pada Tubuh Badan
Anggur mampu melindungi badan manusia daripada bahan tercemar dan penyakit jantung di mana dengan kandungan 80 peratis air adalah sumber yang bagus bagi kalium dan mempunyai bahan aktif phytonutrient.
Selain itu juga, anggur mampu meneutralkan radikal bebas dalam badan dengan kandungan antioksida di dalam buah anggur. Oleh yang demikian, pengambilan buah anggur adalah amat digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.
Jika mengikut kajian yang telah dilakukan berkenaan proses metabolik bagi menghadam makanan tanpa antioksida kecuali lemak, karbohidrat dan protien, ianya boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida dalam darah. Dengan itu, perkara ini boleh dielakkan dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.
10 Lain-lain Khasiat Buah Anggur
Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi dengan khasiat yang terdapat pada buah anggur, malah bukan itu sahaja khasiat buah anggur. Antara khasiat lain yang ada pada buah anggur adalah:
- Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
- Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
- Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
- Menghilangkan perasaan marah.
- Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu).
- Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
- Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
- Menghilangkan rasa pedih atau sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
- Menguatkan hati dan jantung.
Begitu banyak khasiat buah anggur yang dapat kita nikmati sebenarnya, jadi selepas ini bolehlah mejadikan pengambilan buah anggur sebagai amalan pemakanan seharian kita.
Sumber: Tupai
Khasiat Buah Anggur
Anggur memang lazat untuk dimakan. Tapi bolehkan diambil secra berlebihan..?
Anggur hijau enak sekali rasanya, namun harganya juga mahal
Terima kasih untuk info ni…anggur ni berkhasiat dan sedap dimakan..
bukan setakat banyak khasiat tapi sedap buah anggur nih..
dah tau khasiat ,lepas ni kalau jumpa anggur kat market boleh terus borong,..hehe
Nice info bro!
p/s: Lama tak singgah sini 😀
alangkah indahnya kalau bajet besar boleh tanam buah anggur ni.. susah ni nak jaga, jual pun mahal 🙂
jadi makin hoby kalo makan anggur, cs buahnya selain enak juga kaya akan khasiat…………………..:aie:
wahh baru tau buah kesukaan aku nih banyak khasiatnya,,, artikel yang bagus ka.. 🙂
Terima kasih untuk info ini!
Anggur salah satu buah-buahan yang sedikit mahal berbanding yang lain, tapi sedap… dan khasiatnya pun banyak 🙂