Tamiya Mini 4WD Grand Prix Utara 2014

Entri pada kali ini sekadar ingin mempromosikan event Tamiya mini 4WD yang bakal berlansung pada 22 Februari ini. Grand Prix Tamiya Mini 4WD Utara 2014 akan dijalankan di CMart Arau, Perlis yang terbesar buat julung kalinya diadakan di Perlis.

Poster Grand Prix Tamiya Mini 4WD Utara 2014

Grand Prix Tamiya Mini 4WD Utara 2014

Event pada kali ini akan dianjurkan oleh Team Tamiya Perlis yang terdiri daripada Tamiya Perlis, Tamiya on Track Perlis, Geng Tamiya Kedah, Tamiya Reppo Perlis dan Shirouto Garage. Hadiah-hadiah pula telah ditaja oleh Geng Tamiya Terengganu.

Hadiah Lumayan Grand Prix Mini 4WD Utara 2014

Johan: Tamiya Mini 4WD Thundershot Eva v2.0 dan pingat.
N. Johan: Tamiya Avante Mk.III Clear Violet dan pingat.
Ketiga: Proto Emperor SII dan pingat.
Keempat: Bear Hawk RS dan pingat.

grand prix tamiya mini 4wd utara 2014 banner
Lebih menarik lagi, selain event ini terdapat tiga lagi event dijalankan serentak. Iaitu Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Makan dan Pertandingan Teh Tarik. Ketiga-tiga event ini pula dianjurkan oleh CMart Arau.

Apa lagi, pasti meriah bukan. Saya paling teruja pertandingan makan. Mau saya tinggalkan Tamiya pula nanti. Jom pakat join, mai tengok pun jadilah. :p

Tamiya

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

6 thoughts on “Tamiya Mini 4WD Grand Prix Utara 2014”

Leave a Comment