Gaya Hidup

Khasiat Susu Kambing

Khasiat susu kambing yang perlu anda tahu yang mempunyai kebaikan terhadap tubuh badan kita. Pasti sudah ramai yang mengetahuinya, tetapi sejauh manakah pengambilan susu kambing segar diamalkan?

Khasiat Susu Kambing Dua Kali Daripada Susu Lembu

Tahukah anda bahawa susu kambing lebih berkhasiat dua kali ganda lebih baik daripada susu lembu? Ianya dibuktikan dalam satu kajian di mana kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda daripada susu lembu biasa.

Ini dibuktikan apabila keputusan daripada kajian tersebut menunjukkan susu kambing mengandungi protien, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112 dan potassium.



Khasiat susu kambing juga dalam membantu menyembuhkan penghidap demam kuning dan pesakit anemia dengan sifat pengaktif antibodi yang boleh merasang dalam penghasilan sel-sel darah merah yang banyak.

Khasiat susu kambing juga disokong dalam satu kajian di Universiti Granada, di mana susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai bagi mereka yang alah dengan susu lembu. Ini kerana molekul susu kambing lebih halus dan mengambil masa 20 minit untuk dicerna berbanding susu lembu memerlukan selama dua jam.

Menarik bukan berkenaan dengan khasiat susu kambing, ia dapat dinikmati dengan memberi kesegaran apabila dicampur dengan makanan tambahan lain seperti kismis, delima atau habbatus sauda di mana ia akan menjadi satu hidangan lengkap untuk gaya hidup yang sihat.

Khasiat Susu Kambing

2 Comments

  1. nur September 17, 2014
  2. Syahril Hafiz March 7, 2014
  3. Pingback: Khasiat Susu Kambing March 4, 2014

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.