Lan Todak Kena Buang Sekolah

Lan Todak siapa tidak kenal, heboh satu Malaya apabila tersebarnya video Lan Todak belasah ketua kelas macam filem Ong Bak. Video yang dimuat naik baru-baru ini benar-benar menarik perhatian saya, ramai yang memperkatakannya di laman sosial Facebook, Twitter dan blog.

Memang langsi habislah Lan Todak, berani pukul yang lemah sahaja. Saya yang menonton video itu juga amat teruja, teruja membawa geram. Teringin sangat nak jumpa Lan Todak, kot-kot boleh ajak sparring bersama. Mana tahu boleh belajar ilmu ber’Ong Bak’.

Lan Todak Dibuang Sekolah

Tetapi berita hari ini telah memberitahu, bahawa Lan Todak bersama dua orang rakannya mungkin Ali Todak dan Abu Todak telah dibuang sekolah 8 Mac yang lalu. Satu tarikh yang agak lama rupanya, baru sekarang video itu dimuat naik.

Lan Todak Dibuang Sekolah
Mungkin Lan Todak sudah bertapa kemudian memuat naik video tersebut untuk mencari rakan sparring yang sama handal sekarang. Tetapi memang amat memalukan, apabila seorang pelajar sekolah berlagak seperti samseng.

Kalau diikutkan, sebenarnya gejala buli dan bergaduh di kalangan pelajar sekolah sebenarnya sudah lama berlaku. Cuma sedar atau tidak sedar sahaja, saya juga pernah bergaduh dan dibuli di bangku sekolah dahulu.

Tapi waktu itu, mana ada telefon canggih untuk merakam aksi buli dan kung fu saya dan musuh dan kemudian menjadi geng. Itu semua menjadi pengajaran kepada saya, bab salah memang bersalah. Saya dibuang sekolah tidak pernah, dibuang asrama pernah. Tapi kesalahan lainlah.

Apa-apa pun, kepada adik-adik yang masih dibangku sekolah itu janganlah sesekali membuli dan bergaduh. Tiada faedahnya, simpan perasaan marah itu. Marah itu permainan syaitan, kepada Lan Todak dan rakan-rakan semoga berbahagia di luar sana. Ramai rakan sparring menanti anda. Salam Lan Todak

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

10 thoughts on “Lan Todak Kena Buang Sekolah”

  1. drp terbiar tk besekolah, lebih baik anto budak lan todak and the geng ke henry gurney..harap2 menjd manusia yg berguna kelak..

    Reply
  2. nyaris masa aku jadi ketua kelas dulu lan Todak tak wujud lagi, kalau xmungin aku pon kena hahah. tu lah manusia zaman sekarang hal kecik jer tapi nak mudah bergadoh lah baru senang kan??

    Reply
  3. memang panas hati tengok video ni. panas sebab dia belasah budak yang tak melawan.

    memang betul, dulu-dulu pun ada kes buli. cuma tak mudah viral macam sekarang ni

    Reply

Leave a Comment