Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my

Agaknya sudah menjadi satu musim untuk menjadikan barangan Apple sebagai hadiah utama dalam beberapa contest yang dianjurkan dalam mana-mana laman atau blog. Tidak ketinggalan juga hadiah daripada Lot.my untuk blogger Malaysia di mana hadiah utamanya merupakan Apple iPad 16GB.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut lagi mengenai contest yang dianjurkan oleh Lot.my dengan hadiah menarik, apa kata kita kenali dahulu apa itu Lot.my yang saya sebutkan ini. Jika anda seorang peniaga dan mempunyai produk untuk dipasarkan, sudah pasti Lot.my ini amat bersesuaian dengan anda.

Apa itu Lot.my?

Lot.my merupakan sebuah laman yang menawarkan sistem e-dagang Malaysia yang telah dibangunkan pada Januari 2011. Sejak Lot.my dilancarkan, sudah hampir 10,000 peniaga telah berjaya membuka kedai online mereka sendiri dengan mudah.

Sebulan kemudian iaitu pada awal Februari 2011, Lot.my telah melancarkan akaun premium. Di mana di dalam akaun premium ini terdapat pelbagai faedah akan diperolehi. Sehingga kini, sambutan terhadap akaun premium amatlah memberangsangkan.

Jika anda ingin merasa mempunyai kedai online sendiri saya sarankan anda menggunakan Lot.my kerana membuka kedai online di Lot.my tidaklah susah di mana Lot.my dibina adalah dasar untuk memudahkan segala urusan peniaga kedai online.

kedai online malaysia
Hanya 4 langkah sahaja anda mampu memiliki kedai online sendiri, masukkan nama kedai, kata laluan, emel dan mulakan perniagaan internet anda. Amat mudah, dengan beberapa klik sahaja anda mampu memulakan perniagaan online anda.

Lihat contoh Kedai Jersi Murah yang saya telah buka sebagai demo dalam beberapa minit sahaja. Ia benar-benar mudah sekali, kalau saya seorang peniaga online sudah pasti saya memilih Lot.my. Selain daripada itu anda boleh lihat beberapa testimonial yang diperolehi Lot.my tidak kira daripada media dan pelanggan mereka. Berbaloi-baloi!

Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my

Berbalik kita kepada contest daripada Lot.my dengan tawaran hadiah yang benar-benar super power! Contest yang baru sahaja bermula pada 1 Mac 2011 yang lepas dan akan berakhir pada 31 Mei 2011 merupakan acara bagi meraikan ulangtahun pertama Lot.my khas buat blogger-blogger Malaysia.

Cara Untuk Menyertai Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my

Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my
Hadiah-hadiah Bagi Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my

Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my
Lihat sahaja gambar di atas, lumayan bukan dengan hadiah yang ditawarkan dalam peraduan ini. Setiap penyertaan mempunyai sehingga 4 peluang untuk menang. Selain daripada hadiah utama, Lot.my juga memberikan hadiah untuk “Random Bloggerz” untuk tiga bulan iaitu Mac, April dan Mei.

“Random Bloggerz” merupakan hadiah cabutan bertuah untuk anda, pemenang utama setiap bulan akan memiliki Apple iPod Shuffle 2GB dan pemenang untuk hadiah saguhati akan memiliki t-shirt eksklusif Lot.my yang benar-benar menawan.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda bolehlah melayari Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my sekarang juga. Apa tunggu lagi, sertai sekarang juga. Semua blogger berpeluang untuk memenagi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Bonus: Selain itu juga anda berpeluang untuk menjadi blogger yang popular kerana setiap aktiviti yang dijalankan oleh Lot.my sentiasa mendapat perhatian daripada pihak media. Mana tahu boleh jadi blogger popular satu hari nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

43 thoughts on “Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my”

  1. Pingback: Analogi Sebatang Pokok — Blog Mohd Isa
    • tahu takpa bro, otai semua ada kat lot.my ni…tak rugi kalau beli premium service dorang…nak up seo…software online…semua boleh minta bantuan dorg…

      Reply
    • pemenang dipilih dengan kreativiti penulisan sendiri, menarik dan tertarik. baru boleh menang hadiah Hot Bloggerz. 🙂

      Reply
    • aktif la bro, mana tahu bro ada produk nak jual ke. boleh upkan kat sana. sambil menjual, boleh join contest. 🙂

      Reply
    • haha, tahu takpa bro. join jerk contest dorang. mudah jerk, kemudian berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah. 🙂

      Reply

Leave a Comment